KURSUS MAHIR NOTEBOOKLM: PART 3

Tingkatkan produktiviti kerja dengan memanfaatkan kuasa NotebookLM, pembantu AI daripada Google yang membantu anda menganalisis dokumen, membuat rumusan, menjana idea serta menghasilkan kandungan dengan lebih pantas dan tepat. Dalam Kursus Mahir NotebookLM ini, peserta akan mempelajari cara menggunakan NotebookLM secara praktikal untuk mengurus maklumat, menyediakan laporan, menghasilkan nota ringkas, membina soalan, serta mengoptimumkan tugasan harian menggunakan teknologi AI. Program ini telah dijalankan secara dalam talian selama 2 jam dan ditawarkan secara PERCUMA kepada semua jabatan sebagai usaha memperkasakan kemahiran AI dan meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan awam. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.