HIJRAH BERSELAWAT | CAHAYA SEMPURNA
Rancangan ini berbentuk Selawat dan Tazkirah dianjurkan oleh TV Al Hijrah. Hijrah Berselawat dijayakan bersama Ustaz Zul Ramli, Ustaz Husaini Mahmur, kumpulan Inteam, Lah Ahmad, Shahir dan Aniq Muhai. Bermula dengan alunan bacaan ayat Quran oleh Ustaz Husaini, diikuti Selawat Ya Nabi dan Inqila Zurtum oleh kumpulan Inteam secara berjemaah diikuti tazkirah oleh Ustaz Zul Ramli yang menjelaskan bahawa manusia perlu ada suri tauladan dan kita sentiasa memohon jalan yang lurus iaitu jalan para Nabi, Syuhada dan para solihin. Mereka semua dibimbing oleh Nabi Muhammad SAW. Para sahabat sentiasa berdamping dengan Rasulullah SAW. Seterusnya nasyid berjudul Tholama oleh Lah Ahmad dan Amer Yusof diikuti tazkirah oleh Ustaz Zul Ramli masih menceritakan betapa umat Islam amat merindui Rasulullah SAW. Kecintaan dan kerinduan kepada Rasulullah SAW dinukilkan oleh para ulama dalam buku yang menceritakan diri baginda. Rasulullah SAW merupakan insan yang mempunyai tubuh fizikal yang terbaik dan akhlak yang mulia. Ketika para sahabat melihat bulan purnama dan wajah Rasulullah SAW, mereka menyatakan bahawa wajah Rasulullah SAW lebih indah daripada bulan purnama. Seterusnya Nasyid Rindu Madinah di bawa oleh Hazamin dan Aniq Muhai dan Shahir. Nasyid Law Kana Bainana dibawa oleh Ustaz Husaini dan Hazamin. Tazkirah seterusnya Ustaz Zul Ramli menceritakan Anas bin Malek menceritakan bahawa penduduk Madinah terlalu teruja dan seronok tatkala Rasulullah Masuk ke Madinah dan penduduk Madinah teramat sedih dihari kewafatan Rasulullah SAW. Para sahabat amat mencintai Rasulullah SAW melebihi segala-galanya. Shahir dan Aniq Muhai membawa Selawat Badar. Ketika Rasulullah memberikan tausiyah kepada para sahabat dan menceritakan bahawa seorang mulia lebih memilih menemui Allah daripada memiliki dunia lalu Sayidina Abu Bakar bangun dengan menangis lalu berkata tebusan untukmu ya Rasulullah ialah ayah-ayah dan ibu-ibu kami kerana Sayidina Abu Bakar tahu bahawa Rasulullah tidak akan hidup lama. Perbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW. Rancangan diakhiri dengan selawat Nabi.

‘HIJRAH BERSELAWAT’: ANAK MUDA DOMINASI TONTONAN

Murottal Pagi Pembuka Rezeki | Surah Al Waqiah,Yasin,Ar Rahman,Al Mulk | murottal alquran merdu

HIJRAH BERSELAWAT | KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA

Bukan diri taknak berubah. Tapi rasa terperangkap! 😢 | Ustaz Zul Ramli Razali

SELAWAT TAFRIJIYAH • Selawat Murah Rezeki & Permudah Urusan (Healing & Relaxation)

HIJRAH BERSELAWAT | EPISOD 3 - PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

JOM SELAWAT l Raudhatul Muhibbin - Hum Ko Bulana ( Undanglah Kami )

7 Bisikan Syaitan Yang Ada Pada Manusia | Ustaz Muhammad Al Amin

INTEAM • Zikir Hati 2 | Dhikr to Purify Our Hearts | الأذكار لتزكية قلوبنا

HIJRAH BERSELAWAT | TABLIGH : SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

HIJRAH BERSELAWAT | PERJALANAN AGUNG

Alunan beberapa Sighah Selawat (Jom Kita Selawat)

CERAMAH PADU PEDAS BERAPI OLEH USTAZ BADLISHAH ALAUDDIN (SAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDASNYA)

Hilangkan Stress - Zikir Penenang Hati & Mengalirkan Air Mata

Malam Cinta Rasul Putrajaya International Islamic Art & Culture Festival

HIJRAH BERSELAWAT | EPISOD 1 - AZAM DAN HIJRAH DIRI

Murottal Pagi Pembuka Rezeki | Surah Al Waqiah,Yasin,Ar Rahman,Al Mulk | murottal alquran merdu

Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun (Full Album Audio)

Bila Usia Kita Tiba di Waktu Asar

