PH Mendahului? Dari Mana Ko Ciduk?

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai dakwaan dan persepsi dimainkan bahawa sokongan terhadap Pakatan Harapan di Johor sedang melonjak. Tetapi persoalannya: ❓ Betulkah sokongan rakyat kepada PH sedang meningkat? Atau ia sekadar persepsi yang dibina melalui media dan propaganda? ❓ Sudah nak masuk minggu kedua kempen, tetapi di mana manifesto PH? Apakah sebenarnya tawaran baharu mereka kepada rakyat Johor? ❓ Mengapa kempen PH di Johor dilihat terlalu bergantung kepada personaliti Perdana Menteri? Adakah 56 calon mereka sendiri gagal menjadi tarikan kepada pengundi? ❓ Calon "favourite" mereka di Puteri Wangsa dikatakan terkejut apabila mendapati PMX merupakan Perdana Menteri paling disukai. Kenapa terkejut? Tak percaya kepada naratif yang dibina sendiri? ❓ Adakah PH sedang membina gelombang sebenar atau sekadar gelombang persepsi? Mengapa begitu banyak ruang media arus perdana, portal berita dan media sosial digunakan untuk mempromosikan naratif kemenangan mereka? ❓ PH meminta rakyat memberi peluang untuk mengambil alih kerajaan negeri Johor. Persoalannya, apa tawaran baharu yang lebih baik daripada apa yang sedang dinikmati rakyat Johor hari ini? 🎙️ Bersama: Dr Azam Rauzan Moderator dan Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid Penganalisis Politik Kupasan terus terang tentang: ✅ Realiti sokongan pengundi di Johor ✅ Perang persepsi dan propaganda politik ✅ Kekuatan sebenar jentera parti ✅ Naratif manifesto yang masih belum muncul ✅ Siapa sebenarnya yang sedang mendahului? "Dalam politik, persepsi boleh dibeli. Tetapi undi rakyat tidak boleh dipinjam." #BorakPilihanRaya #PRNJohor2026 #HelloMalaysia #PHMendahului #DariManaKoCiduk #PersepsiVsRealiti #JohorMemilih #PolitikJohor