[FULL] Majalah 3 (2025) | Mon, Sep 22 - Rezeki Ikan Kenerak | Tonton

1. Rezeki Ikan Kenerak - 0:31 Norieman Saleh mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman demi mencari ketenangan jiwa. Hidup di bandar yang sibuk membuatkan beliau merindui suasana kampung yang damai dan sederhana. Kini, Norieman mengisi masa lapangnya dengan hobi memancing sesuatu yang memberi ketenangan serta kegembiraan. Aktiviti ini bukan sahaja menjadi terapi diri, malah mengeratkan hubungan dengan penduduk kampung. Antara hasil pancingan yang menjadi kegemaran penduduk setempat ialah ikan kenerak. Rasanya yang istimewa menjadikan ia hidangan wajib bagi mereka yang membesar di Kuala Lipis, Pahang. Ikan kenerak bukan sekadar makanan, tetapi sebahagian daripada warisan sungai Kuala Lipis. 2. Kebebe Warisan Lenggong - 21:40 Lenggong, sebuah daerah kecil di utara Perak, terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang masih terjaga. Hutan rimba menjadi teduhan pelbagai kehidupan, menjadikan kawasan ini sejuk dan mendamaikan. Antara warisan unik Lenggong ialah kebebe, sejenis makanan tradisional yang semakin sukar ditemui. Menurut Tayibah Ismail, penduduk kampung lama di situ, kebebe merupakan resipi turun-temurun yang dihasilkan menggunakan belimbing dan jambu batu sebagai bahan utama. Kebebe bukan sekadar hidangan, tetapi sebahagian daripada identiti masyarakat Lenggong. Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia. #Majalah3 #Majalah32025 Tonton episod penuh di : http://www.tonton.com.my    / tv3malaysiaofficial