Panduan Solat Untuk Pesakit : Solat Berdiri

Video Panduan Solat Untuk Pesakit ini diterbitkan selari dengan pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah suntuk membantu pesakit melaksanakan solat ketika dalam keadaan sakit. Kandungan video ini meliputi 7 tajuk utama iaitu: 1. Pengenalan 2. Panduan berwuduk 3. Panduan bertayammum 4. Panduan solat berdiri 5. Panduan solat duduk 6. Panduan solat berbaring 7. Soalan lazim Terbitan: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia