Tanam dalam pasu tak perlu siram pokok hari-hari. ( Part 1) Senangnya nak buat kebun sayur!.

Kali ini kita buat self wicking tub. buat kebun Sayur atau pokok bunga, tak perlu kita nak siram hari hari. . Ramai yang mahu tanam sayur dalam pasu di rumah. tapi bekas begini perlu pemerhatian yang lebih. Kena siram selalu. kalau tidak, pokok akan kering. Cara yang saya tunjuk ini tanaman kita tidak perlu disiram selalu kerana air sentiasa ada di dalam pasu atau bekas tanaman. Ia menggabungkan penggabungan 3 elemen utama iaitu tanah, air dan udara. Fungsi EM pula membantu menguraikan baja2 dan kompos yang dicampurkan di dalam tanah. Pokok akan sentiasa segar, dan kita boleh tinggalkannya walaupun selama seminggu.