JETI BATU MARINA PD JENAHAK DAN DAUN BARU MAKAN MALAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada rakan rakan sehobi, kali ini kami memancing di tembok marina @ jeti pendek marina, bersama sahabat saya Zaidi dengan membawa isteri sebagai sokongan minat kami dalam hobi memancing, umpan yang kami gunakan adalah udang kopek pun pun bakau dan ulat pasir, kami mula menaiki jeti tersebut pada jam 5 ptg dalam keadaan air mula gerak pasang, awal awal petang tersebut kami beroleh ikan kapas dan anak anak daun baru serta ikan selar yang berlendir, yang mana ikan ikan ini memakan udang kopek dan pun pun bakau, strike strike ikan tersebut berlaku dalam keadaan air gerak pasang, lebih kurang jam 9 pm air beransur surut, ketika ini baru la ada sentapan yang agak ganas dari anak anak pari atau tetuka yang berumpankan pun pun bakau dan udang kopek, lebih kurang pada jam 930pm kedengaran joran diheret dan umpan ulat pasir telah memainkan peranan dengan menaikkan jenak yang agak saiz juga dalam 15 minit kemudian sekali lagi kedengaran joran diseret pada tembok dan tarikan agak terasa juga..sekali lagi umpan ulat pasir telah menaikkan ikan daun baru, dikira waktu itu ikan sedang rancak memakan umpan. Oleh kerana kami membawa isteri kami terpaksa pulang pada jam 10 pm, biasa la masa tu macam macam isteri kami nak setalkan, buang air dan makan, kami pun akur dan bukan takut bini tau. Sekiranya jika kami dengan gang gang pancing kemungkinan akan pulang awal pagi. Ok itu sahaja kali ini, terimakasih memberikan sokongan pada chennal YT saya dan kemaafan dipinta kerana ada satu dua video gambar kurang memuaskan kerana dirakam dengan menggunakan telefon oleh isteri kami, jumpa di video mendatang, sekian terimakasih

DIGASAK PENGHUNI-PENGHUNI KELONG POZI

Ep:01/2026 LONTARAN SANTAI DI PANTAI CAHAYA NEGERI PD

Ep:02/2026 PERAMBUT MEMIKAT DAUN BARU TELUK KEMANG

Catching Fish with a Simple Fishing Rod and Cooking a Delicious Family Meal!

BELI LANSIR TINGKAP DAN SINGGAH BELI SAYURAN DI TAMU BANDAR RIYAL //

TRIP CANDAT SOTONG MARANG 2026

Memancing Di Jeti Pak Lim, Sungai Pelek, Sepang, Strike Ikan Tuka, Duri, Baji dan Daun Baru.

Trip memburu siakap sungai sepang

Memancing Surfcasting Di Jeti Marina & Memancing Ketam Di Tg. Gemok Port Dickson

Repeat kolam pajam strike tak henti geng

Strike ikan besar bas, Tanjung Tuan

Ep7/2025 KELONG MAHMOOD LUKUT TRIP

Ikan Berkumpul Tiang Ni - Kayak Fishing Melaka

Memancing Di Kelong Salsabila De Rafta, Kg. Telaga Nanas, Manjung #fishing #memancing #kelong

Dokumentari-Kuasa Bagan Lalang Sepang Selangor -.Ekosystem Bagan Lalang sangat baik.

AKU DAPAT RM1000 PACAK IKAN PECAH TABUNG | MEKONG 36KG

mancing lagi di jeti panjang marina PD

Trip Kelong Greenway | Strike Tanpa Henti

Kisah memburu ikan selayang unjam mesen TRF1440 Bakti 06

