PUSAT JAGAAN JKM JOHOR - 900 PENGHUNI TIADA PENJAGA [3 JULAI 2018]

70 peratus atau kira-kira 900 daripada lebih seribu 300 penghuni di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor tidak mempunyai keluarga atau waris. Jelas Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas JKM negeri, Adnan Md Yasin... kebanyakan mereka dijaga sejak bayi serta tidak mempunyai pengenalan diri hingga dewasa.