Dakwah Para Sahabat Di Tanah Melayu || Syeikh Zainul Asri
MENGETAHUI sejarah Ahlul Bait atau keturunan keluarga Rasulullah SAW ialah kunci bagi memahami tamadun, warisan, rahsia dan kekuatan masyarakat silam di Alam Melayu. Untuk Melayu kembali kepada asas kemelayuan adalah dengan melihat semula sejarah ulama daripada warisan silam kita yang kebanyakannya keturunan Rasulullah SAW. Misi dakwah Rasulullah SAW tidak pernah terputus, bahkan diteruskan oleh ulama daripada kalangan sahabatnya yang mengembara ke seluruh dunia termasuk ke alam Melayu untuk menyebarkan Islam. Manuskrip Hikayat Raja-Raja Pasai mencatatkan wasiat misi dakwah di Samudera-Pasai yang kebenarannya dapat dilihat melalui kedatangan Ahlul Bait ke alam Melayu. Ulama berwibawa, Prof Hamka dalam bukunya ada menyebut sebelum abad ke-15, laluan perniagaan di Lautan Hindi melalui Pulau Melayu keseluruhannya dikuasai orang Arab, bahkan lebih awal sebelum kedatangan penjajah Portugis, Alfonso de Albuquerque. Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW membawa ajaran, tamadun dan budaya Islam secara berperingkat ke jaluran dagangan dunia Arab di Timur Tengah yang kemudian dilanjutkan ke Benua India, China dan Alam Nusantara. Menariknya, kedatangan Ahlul Bait ke alam Melayu kira-kira 900 tahun lalu bukan saja dengan misi menyebarkan Islam, bahkan membentuk tamadun dalam lingkungan kebudayaan Islam dengan pelbagai cara antaranya menerusi perkahwinan dengan anak Raja-Raja Melayu yang kemudian memeluk Islam. Sejarah kedatangan Ahlul Bait ke alam Nusantara boleh dijejaki seawal abad ke-9 Masihi dan banyak faktor yang mendorong kepada kemunculan mereka terutama kedatangan itu atas titah Khalifah atau Syarif Mekah untuk mengislamkan negeri tertentu. Kemunculan Ahlul Bait di alam Melayu boleh diklasifikasikan kepada dua gelombang, iaitu gelombang pertama dan kedua, namun pada permulaan bilangannya agak kecil dan semakin berkembang secara besar-besaran di rantau ini. Pada kurun ke 13 Masihi, Pasai diiktiraf sebagai kesultanan Islam atas perintah Syarif Mekah pada era pemerintahan Sultan Al-Malikus Saleh dan baginda menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan di Arab. Keadaan ini bukan saja memesatkan Pasai sebagai pusat perdagangan Islam yang terkenal, bahkan turut menerima ramai pengunjung dari dunia Arab, Parsi, India dan China serta berkembang sebagai pusat dakwah. Bagaimanapun, keunggulan Pasai sebagai empayar Islam terunggul tidak bertahan lama sebelum diambil alih oleh Kesultanan Melayu Melaka bagi menyambung legasi yang tersedia. Kesultanan Melaka meletakkan ulama Ahlul Bait pada satu jawatan agama paling tinggi dan penting, antaranya Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Raja Melaka dengan nama Sultan Muhammad Shah dan menjadi guru agama peribadi kepada baginda selama lapan tahun. Agama Islam acuan Ahlul Bait yang bersifat lembut, ehsan dan berseni serta cenderung kepada kesufian itu akhirnya membentuk jati diri bangsa Melayu yang unik. Dalam naskhah Sejarah Melayu sendiri ada memaparkan kisah tokoh sufi Ahlul Bait yang menunjukkan status mereka yang amat tinggi dan berpengaruh serta dimuliakan di istana Melaka, antaranya termasuk seorang ulama sufi yang membantu Sultan Mansur membantutkan cita-cita kerajaan Siam untuk menyerang Melaka. Sebahagian mereka memilih untuk berhijrah ke rantau ini atas kesedaran bahawa bumi Nusantara dihuni kaum kerabat mereka yang ramai bermastautin di sini sejak beratus tahun dulu, malah kesultanan di alam Nusantara kebanyakan adalah daripada dinasti Bani Hasyim sendiri. #alammelayu

Yahudi Lawan Melayu Boleh Kalah | Syeikh Zainul Asri

Chegubard: 'Tak kompromi lawan puak munafik Bersatu, bolanya dipegang kerajaan Anwar Ibrahim'

Siapakah yang dikatakan Ijmak Ulama? SS Prof Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Asal Usul Melayu - Prof Madya Dr Mat Rofa

🔴 MAKAM SULTAN AL MUDZAFFAR SHAH CUCU CICIT MERONG MAHAWANGSA | KEDAH

Sejarah Islam dan Melayu || SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI

Aku Terseksa 3 Jam Atas Motor Dengan Beg 10kg Di Timor Leste! | Lospalos - Jaco

Kisah Yang Jarang Kita Dengar | Melayu Dan Sahabat Rasulullah

Umat Islam Perlu Sedar Dunia Semakin Membarah, Fitnah Berleluasa, dan Kebenaran Semakin Dicabar.

Ilmu Tauhid || Syeikh Zainul Asri

(1863) DARI SULAWESI KE TANAH MELAYU | Orang Bugis Hafal Salasilah Dan Amal 'Sistem Kasta'

Kemenangan Islam Yang Dinanti-Nantikan || Syeikh Zainul Asri

Asal usul Melayu mengikut Prof Dr Solehah

6 KISAH PAKAR HUTAN SESAT

Ustaz Dr Mat Rofa Ismail 🔻 EKONOMI MEREKA MERUDUM

Wali Allah || Syeikh Zainul Asri

Ustaz Ibnu Rijal ceritakan 'ekslusif' konten buku terbaru Alfu Sanatin 3

Kisah Saidina Nu'aiman | Ustaz Don Daniyal
![KERAJAAN ISLAM DI ALAM MELAYU : MELAKA [ BAHAGIAN 1 ]](https://i.ytimg.com/vi/vuqz1kiWsl0/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLCeGJFJh11aMH5af3XQocWVq0lBEw)
KERAJAAN ISLAM DI ALAM MELAYU : MELAKA [ BAHAGIAN 1 ]

