Misi Kita (Lagu Tema oleh Jader Santos) | Malaysia Union Mission

Versi Bahasa Melayu bagi lagu tema “The Mission” ini diterjemahkan dalam bahasa yang dekat dengan Malaysia. Liriknya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Pr. Earie Madius, dan disunting oleh Pr. Jay Lawrence dan Pn. Rozelene Gulon, bagi memastikan mesej dan semangat komposisi asal tetap terpelihara sambil disampaikan dengan jelas dan bermakna kepada anggota gereja Seventh-day Adventist di Malaysia. “The Mission” ialah lagu tema rasmi bagi Annual Council 2025, yang ditulis dan digubah oleh Jader Santos, seorang pastor, pemuzik, dan komposer Gereja Seventh-day Adventist. Video ini diolah semula berdasarkan pelbagai acara Malaysia Union Mission sepanjang tahun 2022–2025. Video khas ini menonjolkan perjalanan inspirasi inisiatif misi MAUM—kisah iman, pertumbuhan, dan transformasi di seluruh Malaysia. Daripada pelayanan masyarakat dan penginjilan, kepada pemerkasaan belia, latihan kepimpinan, serta perkembangan pekerjaan Tuhan, setiap adegan menggambarkan bagaimana mesej “Misi” terus dihidupi dalam kehidupan nyata. #MAUM #TheMission #AnnualCouncil2025 #MissionInAction #SeventhdayAdventist #AdventistMission #MalaysiaUnionMission