Mee Hoon Goreng Singapore - Mudah dan Cepat
Resepi mee hoon putih Singapura yang mudah. Selamat mencuba Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah mee hoon singapura yang mudah. Tonton hingga ke akhir video untuk tips dan rahsia mee hoon seperti ini. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur! Bahan yang kita perlukan, 400g mee siam/bihun. Rendamkan mee dengan air sejuk untuk 30 minit untuk melembutkan mee hoon. Elakkan merendam dengan air panas kerana ini akan mengeluarkan terlalu banyak kanji dan menjadikan mee terlalu lembut. Buangkan air selepas 30 minit dan ketepikan mee hoon. Kita juga perlukan 200g daging lembu, dihiris nipis. 200g udang yang dibuangkan kulitnya, untuk kita buat air rebusan undang. 13 ulas bawang putih, dicincang halus. 300g sawi. Dipotong seperti ini, asingkan batang dan daunny dan 2 biji buah tomato. Dipotong seperti ini. Masukkan kulit udang dalam periuk kecil dan goreng dengan sedikit sahaja minyak. Rahsia air rebusan udang yang sedap ialah , kulit undang perlu dibakar sebelum direbus. Bila sudah garing dan baunya seperti udang bakar, masukkan 2 cawan air. Didihkan, dan renihkan untuk 10 minit. Keluarkan kulit udang dan ketepikan air rebusan kulit udang. Panaskan sedikit minyak. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih. Bila bawang putih mula kelihatan garing, masukkan udang. Gunakan api yang kuat. Tujuan kita sekadar manggaringkan bahagian liar udang sahaja, dan bukannya untuk masak sepenuhnya. Bila undang kelihatan garing , keluarkan dahulu. Ini untuk mengelakkan udang terlalu masak dan menjadi kering dan liat. Ketepikan dahulu udang. Sekarang masukkan daging. Goreng sehingga garing bersama bawang putih. Bila daging sudah garing seperti ini, masukkan 1 cawan air rebusan kulit udang. dan 1 lagi cawan air. Bila air sudah mendidih, masukkan 2 sudu kecil garam. 1 sudu kecil gula. Kacau! Jangan tak Kacau! Jika suka boleh tambah 1 sudu kecil serbuk perasa. Masukkan batang sawi dahulu kerana bahagian ini perlu dimasak lebih lama berbanding daun. Masak untuk 2-3 minit. Sekarang masukkan mee hoon. Gaulkan rata. Balikkan mee di bahagian bawah ke atas seperti ini. Mee akan meresap air tumisan daging. Sekarang masukkan daun sawi. Gaulkan. Daun sawi akan kelihatan layu. Tambah 2 sudu kecil serbuk lada putih Aji Shio. Masukkan potongan buah tomato. Dan udang yang telah digoreng tadi. Gaulkan supaya rata. Jika terlalu kering tambah sedikit lagi air. Mee hoon goreng singapura siap untuk dihidangkan dihiaskan dengan bawang goreng. Dan dipadankan dengan cili jeruk. Jika berminat untuk dapatkan resepi cili jeruk, tinggalkan komen di bawah. Selamat mencuba!

Bihun Goreng Singapore | Pedas sedap | Kena Cuba!

Bihun Goreng Sarapan — Lembut Tak Hancur (Tip Tutup 5 Minit)

Fried Mee Hoon

Bihun Goreng Singapura Tak Payah Garam

Pancit bihon #Pancitbihonnoodles #noodles #Pinoyfood

Bee Hoon Goreng - Malaysian Street Food Favourite

Effa Rizan - Mee Birthday - Beehoon Goreng Singapura

Vege White Bihun Goreng Pedas| Vege Spicy Fried Meehoon| Vegetarian Rice Vermicelli Recipe

Bihun Singapore dan Sambal Kicap | Bihun Singapore Paling Sedap dan Senang Masak |

Michael Hudson: Der US-Plan zur Wiederbelebung der geoökonomischen Dominanz

„Bei der Hochzeit meines Bruders behandelte mich die Familie wie Personal – bis ich zahlte.“

RESEPI BONDA | Bihun Goreng Singapore | Singapore Fried Rice Noodles

BEE HOON GORENG aka MEE BIRTHDAY DAHLIA’S KITCHEN

Bihun Goreng Lejen orang tua dulu-dulu tanpa menggunakan sos atau kicap tapi tetap sedap | TIPS

Kuey Teow Goreng 2025

Cooking A Massive Lamb Pilaf For a Mountain Village Feast!

Bihun Goreng Legend, cara nenek dulu-dulu..

TIPS Bihun Goreng Singapore Yang Sedap & SIMPLE | untuk beginners |bihun goreng putih malina lina pg

Bihun Goreng Old School

