Episod 1 - Program Minggu Pertama KPM SMK Marudi

Pada 20-24 Mac 2023, Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi telah mengadakan beberapa aktiviti seperti Zumba, Sukaneka, Telefon Rosak, Suratku Untukmu, Be Proud, Pecahkan Kod Nilai, Replika Jambatan dan Persembahan Kreatif sempena minggu pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2023/24. Diharapkan program seumpama ini dapat melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana “Murid Ceria, Guru Bahagia ,Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”. Maju Terus Maju. Menghebat Kecemerlangan.