PROGRAM PENGINDAHAN PARKIR & PEMBASMIAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES SEMPENA HARI PENGUATKUASA KE 57

📺👮🏻‍♂️ #DBKL : PROGRAM PENGINDAHAN PARKIR & PEMBASMIAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES SEMPENA HARI PENGUATKUASA KE 57 Bingkisan video sekitar Program Pengindahan Parkir & Pembasmian Tempat Pembiakan Aedes bersama Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (JPK DBKL) melalui Badan Kebajikan & Khairat Kematian JPK, Surau Istiqamah JPK serta Syarikat Suasana Efektif (M) Sdn Bhd yang telah disempurnakan oleh YBrs. TPj Mohd Muzammer bin Jamaluddin, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL bersempena Hari Penguatkuasa DBKL ke 57 Tahun 2026. Program Pengindahan Parkir & Pembasmian Tempat Pembiakan Aedes ini diadakan bertujuan bagi memperindahkan kawasan parkir masjid melalui kerja-kerja mengecat garisan parkir di samping melaksanakan aktiviti pembersihan serta penghapusan tempat-tempat yang berpotensi menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes sekitar kawasan masjid dengan kerjasama dan penglibatan ahli kariah Masjid Saidina Othman Ibn Affan serta warga kerja JPK DBKL. Terbaik dan tahniah kepada semua pegawai dan warga kerja JPK DBKL yang hadir dan terlibat sama. Terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Masjid Saidina Othman Ibn Affan dan Syarikat Suasana Efektif (M) Sdn Bhd dalam menjayakan program kali ini. 🗓️ 08 Julai 2026 (Rabu) 🕝 8.00 pagi 📌 Perkarangan Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur 🔂 Jangan lupa untuk, ' follow, like, comment & share ' #PenguatkuasaDBKL #TegasSetia Kredit 📸 : #nikahmadhanif #unitmediastrategik