KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TUARAN TAHUN 2023

Kejohanan Merentas Desa MSSD Daerah Tuaran tahun ini kembali diadakan di Pekan Kiulu dan dikelolakan oleh SMK Tun Fuad Stephens dan SK Pekan Kiulu. Sebanyak 3 kategori utama dipertandingkan iaitu Lelaki & perempuan Bawah 18 tahun, Lelaki & perempuan Bawah 15 tahun, dan Lelaki & perempuan Bawah 12 tahun. SK Sungai Damit telah menghantar seramai 10 pelari untuk acara tahunan ini.