Trip Santai Air Bulu Kera: Detik Padu Menewaskan PB Sikang Di Arus Deras.

Trip kali ni santai sahaja, turun ke jeram waktu keadaan air sungai baru nak pulih—orang lama panggil keadaan air "bulu kera". Airnya sedikit letih, tidak terlalu jernih dan keladak halus baru sahaja hendak mendap. Tapi siapa sangka, dalam keadaan air sebegini, lubuk arus deras betul-betul memberikan kejutan paling bermakna sepanjang saya bermain stream fishing. #StreamFishing #ultralightfishing #bfs #MalayanTrout #BFSmalaysia #CatchAndRelease