DENGARLAH DULU - "DEKAT TAPI JAUH" - 23 JULAI 2026

Dalam dunia yang serba moden hari ini, kesibukan bekerja, penggunaan gajet dan tekanan hidup menyebabkan hubungan dalam keluarga semakin renggang. Walaupun tinggal di bawah satu bumbung, suami isteri, ibu bapa dan anak-anak semakin kurang berkomunikasi serta meluangkan masa bersama. Hakikatnya, mereka dekat secara fizikal, tetapi jauh di hati. Saksikan rancangan Dengarlah Dulu, Khamis, 23 Julai 2026 dengan topik Dekat Tapi Jauh pukul 6:00 petang hanya di TV1