RETROSPEKTIF : CHABARAN BAGI COMMONWEALTH (1966)

#LensaFINAS #RetroSpektifSinema FINAS mempersembahkan program istimewa Retrospektif dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘CHABARAN BAGI COMMONWEALTH (1966)’, terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS). Tahun 1966 menandakan satu detik penting dalam sejarah Malaysia apabila negara terus memperkukuh kedaulatannya di bawah kepimpinan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. Selepas pemisahan Singapura pada tahun 1965, Malaysia mula mengurangkan kebergantungan terhadap Britain, termasuk melalui pemansuhan kadar import keutamaan Komanwel susulan penolakan bantuan kewangan bagi Rancangan Malaysia Pertama. Dalam masa yang sama, hubungan diplomatik serantau kembali pulih dengan berakhirnya Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada Ogos 1966, membuka lembaran baharu kerjasama dan kestabilan di rantau ini. 📅 Saksikan tayangan eksklusif ini pada 19 Jun 2026 (Jumaat), jam 9.00 malam hanya di YouTube FINAS Malaysia. 📍 Tonton di sini:    / @finasmalaysiamy   Jangan lupa Like, Comment, Share dan Subscribe saluran YouTube FINAS Malaysia untuk lebih banyak kandungan arkib dan dokumentari hebat! #FilemKitaCitraKita #FINASMalaysia #MalaysiaMADANI #KementerianKomunikasi #Retrospektif #RetrospektifSinema #ArkibFilem #SejarahMalaysia