Tamat Di Sini

Tamat Di Sini Lirik : Qasry Aziz Lagu : Qasry Aziz Dada terasa sesak Tangis bersulam esak Bukan sakit kerna pergi Cuma cinta tamat di sini Bukan aku tak mencinta Bukan aku mudah melupa Cuma takdir berkata Kita bukan selamanya [Chorus] Pergilah kasih, jika itu pilihanmu Ku lepaskan walau hati ku pilu Biar luka menjadi rahsia Biar air mata menemani jiwa Kerana pernah kau hadir dalam hidupku Itu cukup menjadi cerita terindahku Walau cinta tamat di sini Namamu tetap di hati [Interlude] Kita pernah mengejar bahagia Mengukir mimpi bersama Kini tinggal kenangan Yang ku simpan dalam diam [Final Chorus] Bukan ku benci perpisahan Cuma berat menerima kenyataan Ada cinta yang tetap abadi Walau tak mampu memiliki…