Malaysian food life: Eggplant Harvest. Pajeri terung dan cencaru bakar bercili yang sangat sedap!

Terung dah mula boleh di tuai. Ya Allah bulat berkilat dan besar-besar buah terung kali ni.. Inilah untungnya jika berbudi pada tanah.. bak kata orang rezeki Allah tak pernah salah alamat. Hari ni kak ita nak masak pajeri terung resepi special di kongsikan oleh kakak kak ita kak Yatie. Masa berkunjung ke rumah abang hari tu kak yatie sediakan pajeri terung yang sangat sedap! terasa-rasa lagi kesedapannya hingga pulang ke rumah.. sentiasa aje teringat-ingat.. Bila terung dah mula boleh di tuai resepi yang mula terlintas nak buat adalah pajeri terung. Apa lagi berpencak silat lah kita di dapur menyediakan bahan yang di perlukan. Kak ita lawankan dengan ikan caru bakar bercili.. Ya Allah tak sedar bertambah-tambah nasi di pinggan.. memang berselera sungguh hidangan hari ni.. Pada yang nak cuba kak ita kongsikan resepinya untuk kita sama-sama merasa. Resepi pajeri ni bukan sahaja boleh menggunakan terung bulat , tapi boleh juga guna terung panjang atau nenas pun sedap! PAJERI TERUNG 4 biji terung ~ potong baji dan goreng sekejap je. Kemudian toskan. Bahan Tumbuk atau kisar 3 labu bawang besar ( sederhana besar )atau 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inc halia 10 tangkai cili kering ~ rendam bagi lembut 1 sudu besar udang kering ~ rendam bagi lembut 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Kesemua bahan di tas di tumbuk atau di kisar rempah tumis 4 sekawan ~ kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkit dan biji pelaga 2 keping asam keping air secukupnya 1 sudu besar kerisik 1/2 cawan santan garam gula melaka gula ajinomotor atau secukup rasa cili hijau dan cili merah untuk hiasan ** cara memasak boleh rujuk video IKAN CENCARU BAKAR BERCILI 4 ekor ikan caru ~ siang cuci bersih dan belah belakang kemudian lumurkan garam perap sekejap Daun pisang secukupnya daun kunyit ~ di rampai limau kasturi Bahan Tumbuk atau kisar 4 batang cili merah 10 tangkai cili padi 2 inc belacan 2 labu bawang besar ( sederhana ) atau 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih ** bahan di atas di tumbuk halus 1/2 cawan air asam jawa minyak untuk menumis garam gula perasa atau aji no motor ** cara masak boleh rujuk video Salutkan ikan dengan bahan cili , taburkan daun kunyit dan bungkus dengan daun pisang bakar hingga masak Sedia di hidangkan bersama nasi dan pajeri terung. Sumpah!! makan tak toleh kiri kanan memang padu ! Terima kasih banyak-banyak tau sudi tonton video ni sampai habis. Jika anda suka video ini jangan lupa LIKE SHARE dan SUBSCRIBE sebagai tanda sokongan. Sokongan dan dorongan dari kalian buatkan kak ita semakin bersemangat untuk berkongsi resepi yang terbaik! Muzik latar : OrangeHead    • [No Copyright Music] Malay Scenery Asian N...  

Malaysian Food Life : Jumpa port siput sedut baik punnya ! Kita masak lemak Nenas
▶︎

Malaysian Food Life : Jumpa port siput sedut baik punnya ! Kita masak lemak Nenas

30 Days Harvesting 100kg Wild Bamboo Shoots and Cooking Bamboo Shoot Wrapped Meat for Sale
▶︎

30 Days Harvesting 100kg Wild Bamboo Shoots and Cooking Bamboo Shoot Wrapped Meat for Sale

Tangkap belanak guna botol kita buat ikan bekok , masak asam pedas guna daun asam India.
▶︎

Tangkap belanak guna botol kita buat ikan bekok , masak asam pedas guna daun asam India.

[ANALISIS TVALHIJRAH] MINYAK, MEJA MAKAN & PERANG DUA KUASA
▶︎

[ANALISIS TVALHIJRAH] MINYAK, MEJA MAKAN & PERANG DUA KUASA

BALIK RAYA DI NZEREKORE, 2 HARI PERJALANAN BARU SAMPAI
▶︎

BALIK RAYA DI NZEREKORE, 2 HARI PERJALANAN BARU SAMPAI

Picking Giant Chayote and Cooking a Delicious Meal
▶︎

Picking Giant Chayote and Cooking a Delicious Meal

Suami bawa istri desa ke restoran hina! Tak tahu dia pesan bahasa Prancis, putri taipan? Panik!
▶︎

Suami bawa istri desa ke restoran hina! Tak tahu dia pesan bahasa Prancis, putri taipan? Panik!

MANTOU BUTTERMILK CHICKEN ‼️Hidangan cara Hotel
▶︎

MANTOU BUTTERMILK CHICKEN ‼️Hidangan cara Hotel

Jelajah Nasi Kandar & Kari Kepala Ikan, 6 Port Paling Padu di Malaysia!
▶︎

Jelajah Nasi Kandar & Kari Kepala Ikan, 6 Port Paling Padu di Malaysia!

Eggplant with eggs tastes better than meat! A simple and delicious dinner recipe!
▶︎

Eggplant with eggs tastes better than meat! A simple and delicious dinner recipe!

Dikhianati Tunangan, gadis nikahi si miskin, tak duga ia miliarder! Setelah nikah sangat dimanjakan
▶︎

Dikhianati Tunangan, gadis nikahi si miskin, tak duga ia miliarder! Setelah nikah sangat dimanjakan

Malaysian Food Life : Cari lokan di lubuk rahsia. Rendang lokan yang sangat sedap !!
▶︎

Malaysian Food Life : Cari lokan di lubuk rahsia. Rendang lokan yang sangat sedap !!

THE BEST Most Popular Vietnamese Street Foods Collection in 2026
▶︎

THE BEST Most Popular Vietnamese Street Foods Collection in 2026

【INDO DUB】Suamiku sibuk PDKT sama rekan kerja, aku malah berhasil menaklukkan konglomerat terkaya! 😈
▶︎

【INDO DUB】Suamiku sibuk PDKT sama rekan kerja, aku malah berhasil menaklukkan konglomerat terkaya! 😈

MASAK SIDAT GORENG: Hasil Mancing Sendiri | Village Life
▶︎

MASAK SIDAT GORENG: Hasil Mancing Sendiri | Village Life

Nasi Briyani Telur Kak Yan. Tak Payah Guna Rempah Briyani Tapi Sedap Yakmat|
▶︎

Nasi Briyani Telur Kak Yan. Tak Payah Guna Rempah Briyani Tapi Sedap Yakmat|

[EPISOD PENUH] DAPUR BAPAK BAPAK - EP1
▶︎

[EPISOD PENUH] DAPUR BAPAK BAPAK - EP1

Peanut sprout making tutorial and traditional cooking methods
▶︎

Peanut sprout making tutorial and traditional cooking methods

Malaysian Food Life: Red Velvet Cookies biskut terlaris untuk hari raya
▶︎

Malaysian Food Life: Red Velvet Cookies biskut terlaris untuk hari raya

Nasi Ambeng makanan tradisi Jawa  Johor yang di cari-cari
▶︎

Nasi Ambeng makanan tradisi Jawa Johor yang di cari-cari