Hamzah: 'Anwar berhentilah, cukup-cukuplah, kami tak mahu lagi PM yang asyik kena tipu sahaja'
Presiden Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya berundur kerana mendakwa rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinannya. Menurut Hamzah, beliau tidak mahu lagi negara dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang "asyik kena tipu", sambil merujuk dakwaan mengenai kerugian pelaburan berjumlah hampir RM200 juta yang didakwa diakui sebagai akibat ditipu. Beliau mempersoalkan berapa kali lagi perkara sedemikian perlu berlaku sebelum rakyat membuat keputusan untuk menukar kerajaan. Dalam masa sama, Hamzah menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai satu referendum rakyat untuk mengambil semula kuasa daripada kerajaan sedia ada. Beliau turut menyeru penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) supaya terus memperkukuh kerjasama bagi memastikan kemenangan gabungan itu. Beliau juga menegaskan bahawa rakyat kini hanya mempunyai dua pilihan, iaitu "biru lawan merah", sambil menggesa pengundi memberikan sokongan kepada gelombang biru sebagai penentu masa depan negeri dan negara. Jangan lupa untuk like, komen, dan langgan saluran kami untuk perkembangan terkini! #malaysianometry #perikatannasional #tanahmelayu #negerisembilan #prnnegerisembilan
