131025 | WAHYU VS HATI YANG ANGKUH BHG.2 (YASIN, AYAT 2 - 10) | USTAZ SYAHMI SYAZERIL AZMI

Tadabbur pagi ini menyambung penghayatan isi kandungan surah Yasin, surah ke-36, merupakan surah Makkiyyah. Kita baru selesai tadabbur ayat 1 secara panjang lebar bersama Ustaz Nadzri Mustakim, perkongsian kelebihan dan kepentingan yang terdapat dalam kandungan surah Yasin. Bermula dari ayat 2 kita akan belajar bahawa keangkuhan bukan sekadar masalah akal, tetapi penyakit hati yang menutup jalan hidayah. Seperti perjuangan umat Gaza hari ini, cahaya wahyu tetap hidup gagah berhadapan menentang kezaliman, menguatkan keimanan, dan meneguhkan hati pejuang kebenaran.