PRN Negeri Sembilan, PRN Melaka & Ibu Pejabat BERSAMA
Pilihanraya Negeri Sembilan yang akan bermula dengan penamaan calon pada hari Sabtu ini (18 Julai 2026) ada beberapa perbezaan ketara dengan PRN Johor baru-baru ini. Pertama, persaingan di antara PH dan BN adalah lebih sengit di Negeri Sembilan, termasuk faktor PH sebagai kerajaan negeri. Kedua, keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, πππ₯π¦ππ π berpendapat adalah lebih strategik agar fokus πππ₯π¦ππ π beralih kepada Pilihanraya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang. Oleh itu, πππ₯π¦ππ π tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka. Mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada hari Selasa, 21 Julai 2026 untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal. Satu majlis terima kasih kepada sukarelawan πππ₯π¦ππ π yang telah berkhidmat di PRN Johor dengan kehadiran calon-calon PRN Johor juga akan diadakan di Ibu Pejabat πππ₯π¦ππ π pada hari Ahad, 19 Julai 2026 bermula jam 830 malam. Majlis seterusnya akan bersambung dengan acara tontonan perlawanan akhir Piala Dunia ditempat yang sama, bermula jam 1230 tengah malam, Isnin 20 Julai 2026. Ahli πππ₯π¦ππ π, sukarelawan dan orang ramai yang berkelapangan dijemput hadir ke Ibu Pejabat BERSAMA di Puchong untuk dua majlis ini, yang menjadi sebahagian dari persediaan memasuki PRN Melaka kelak. Untuk mengesahkan kehadiran dan tempat, anda digalakkan mendaftar di laman acara πππ₯π¦ππ π di pautan https://bersama.org/ms/acara Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli πππ₯π¦ππ π dan sukarelawan yang berkobar-kobar bersedia digerakkan ke PRN Negeri Sembilan, walaupun penat di PRN Johor masih belum reda. Kami berharap tempoh masa yang lebih lama memberi ruang kepada πππ₯π¦ππ π masuk ke PRN Melaka dengan lebih bersedia, di samping pertimbangan-pertimbangan lain yang telah diambil kira. Selamat mengundi kepada pengundi-pengundi Negeri Sembilan, Insya-Allah kita akan berjumpa di Pilihanraya Umum ke-16 kelak.
![[[LIVE]]15.7.26 TOK MIN DIKORBANKAN? STRATEGI ATAU MISI KAMIKZE?](https://i.ytimg.com/vi/N1tLu1PIhgc/hqdefault.jpg?v=6a57a805&sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLCbpB19Lyt6K7Pani6vGug-Poj0cw)
[[LIVE]]15.7.26 TOK MIN DIKORBANKAN? STRATEGI ATAU MISI KAMIKZE?

DAP LETAK JAWATAN DI MELAKA: POLITIK BERPRINSIP ATAU SEKADAR DRAMA?

Bersama Sarjana Kancil DSA: PRN N9 ininegeri harapan

LIVE SEMBANG SANTAI SOFI WAHAB 11.55 MLM 15JUL 2026

How the northern Khanty people survive in the harsh climatic conditions of the Russian North.

BANJIR TERUK DI MELAKAβΌοΈ

PKR-PH AKAN KALAH TERUK LAGI DI PRN N9! SOMBONG & ANGKUH PKR BENCANA PADA DAP!

Cleaner DESTROYS bodybuilderβs Ego in 10 Seconds π³ | Anatoly GYM PRANK

Cape Verde: The Island Nation Full of Surprises | 4K Travel Documentary

China Is About To Pop The AI Bubble

PKR PECATKAN MP SUBANG ? MENGEJUTKAN RAFIZI ?

YB Akmal Saleh & Noor Helmy HENTAM DAP Melaka?

Iran & Houthis Pressure HormuzβU.S. Running Out of Missiles, Can U.S. Sustain Fight? | Scott Ritter

Tok Mat Hasan Kekal Calon DUN Rantau, Jalaluddin di Pertang. Senarai Penuh Calon BN Diumum

Malaysian Things I'll NEVER Give Up Living in America

When Animals Surprise Photographers in the Sweetest Way! π

KANCIL & RAFIZI TARIK DIRI SERTAI PRN N9, KANCIK RENCANA CARA BARU?

When Tyson Faced a Country Boy

Enam pemerhatian dan dapatan dari keputusan PRN Johor

