09052026 | LEGENDA SENI, SELAMANYA DI HATI | RASHID SIBIR & AZRAI FAHMI & AFIQAH JALIL HAMID

Negara kita kehilangan seorang sosok legenda seni yang banyak jasanya dalam menghasilkan karya lakonan yang berkualiti dan dekat di hati orang ramai. Pemergian Jalil Hamid , pada 4 Mei lalu sangat dirasai , kembali ke rahmatullah pada usia 69 tahun akibat komplikasi masalah jantung. Allahyarham dikenali sebagai antara pelakon berpengalaman yang banyak membawakan watak-watak dekat dengan jiwa masyarakat, daripada watak ayah hinggalah ke insan kampung yang penuh emosi dan realistik. Lakonan beliau sentiasa meninggalkan kesan kerana kejujuran dan penghayatan yang mendalam. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.