Kancil Pula BUAT HAL!? Sanggup MAKAN JALAN daripada Dipotong!

Dalam perjalanan yang agak jauh ( Melebihi 200km jarak), terserempak dengan sebuah Perodua Kancil. Saya terus mengekori kenderaan ini selama 10 minit. Kelihatan Kancil ini agak laju juga, namun agak perlahan semasa di selekoh (corner) dan oleh kerana tiada ruang yang sesuai untuk memotong, saya tunggu sehingga peluang tersebut tiba. Selepas 10 minit, saya mula melihat beberapa tempat yang sesuai untuk memotong. Apabila saya cuba untuk memotong Kancil ini, pemandu Kancil tiba-tiba menekan laju kenderaan beliau sehingga saya tidak mampu untuk melakukan 'overtake' tersebut. Kedengaran engine saya telah ditekan sehingga 5000 - 6000 rpm namun masih kesusahan untuk memotong Kancil tersebut. Selepas itu, Kancil meneruskan aksinya dengan mengambil kedudukan lorong bertentangan. Lorong memotong dari arah bertentangan. Sangat menghairankan! Saya dengan segera mengambil lorong yang sepatutnya, dan mula memecut untuk meninggalkan Kancil ini, oleh kerana terasa bahawa Kancil ini agak bahaya kalau saya masih berlegar berhampiran beliau. Apa pendapat anda semua mengenai hal ini? Hmm... ============================================ #peroduaaxia #toyotaagya #daihatsuayla #peroduakancil #downhill #sabahan #sabah #sabahanyoutuber #borneo #axia2023 #dcvt #drift #drifting #emergencybrake #minivlog #daihatsumira #kancil #kancilturbo #keicar #kcar