Ep. 208 - Jalan-Jalan & Makan Halal Best Osaka, Mahal ke?
Perjalanan solo aku di Jepun akhirnya sampai ke penghujung. Sebahagian dari diri aku rasa macam tak nak balik, tapi dalam masa yang sama, hati ni tak sabar nak jumpa suami dan anak-anak. Untuk trip kali ni, aku memang sengaja extend sehari, sebab aku tak nak travel dalam keadaan terlalu rushing. 8 hari dekat Jepun ni memang penat, tapi setiap hari penuh dengan pengalaman yang mahal nilainya. Sambung dari episod lepas, lepas tengok Sumo live, kitorang naik ke menara tertinggi di Osaka, Harukas 300. Tempat ni jarang orang share, tapi view dia memang berbaloi sebelum kitorang terus ke Dotonbori. Dan akhirnya…ramen pertama aku sepanjang trip ni dimakan pada hari terakhir. Aku ingatkan dari hari pertama dah boleh layan ramen, rupanya hari last baru sampai giliran. Perjalanan balik dari Osaka ke Kuala Lumpur pula agak panjang dan memenatkan. Banyak halangan yang tak dijangka, sampai aku terpaksa tolak luggage sorang-sorang dalam gelap, dekat pukul 11 malam. Akhirnya, aku buat keputusan untuk tidur di airport. Bayar ¥1,400 untuk mandi, dan ¥4,800 lagi untuk tidur selama 6 jam sebelum check-in luggage di Kansai Airport. Trip kali ni, seorang diri, memang sangat berbeza berbanding perjalanan aku sebelum ni. Lebih sunyi, lebih mencabar… tapi dalam diam, banyak benda yang aku belajar. Terima kasih kepada semua yang setia menonton episod Jepun dari awal sampai ke penghujung. Mungkin perjalanan ni tak sesempurna bila aku travel bersama suami dan anak-anak, tapi inilah antara pengalaman pahit manis yang aku akan kenang sampai bila-bila. Teruskan support dan tonton episod ni sampai habis, sebab setiap sokongan dari korang itulah yang buatkan aku, Haikel, dan anak-anak terus bersemangat untuk mengembara ke seluruh dunia. Selamat menonton.

Ep. 176 - Travel Bajet : Negara Maju Tapi Kenapa Jepun Ramai Gelandangan?

Ep. 175 - Tips Travel Bajet : Kalau Tak Tahu Benda Ni, Jangan Travel Jepun Dulu

FAMOUS RAMEN WAGYU HALAL DI OSAKA JEPUN.

Ep. 171 - Realiti Travel ke Jepun: Cabaran yang Wajib Kita Tahu Sebelum Melawat

Begini Rupanya Majlis Perkahwinan Di Singapura!

Trans Siberia - Perjalanan Keretapi Terpanjang Dunia! Makan Ketam Raja di Vladivostok, Russia

Kad Wise vs Touch 'n Go di Jepun: Terbaik untuk Travel (2026)

Ep. 207 - First Time Tengok Sumo Live, Jantung Aku Hampir Pecah!

Japan Vlog 2.0| Berbaloi ke makan Wagyu di Japan? JOM KITA SHOPPING AND FOOD HUNTING before balik MY

Ep. 173 - Trip Bajet Nara : Nampak Jinak Tapi Tiba-Tiba Ganas! Hati-Hati Dengan Rusa Di Nara Park

Ep. 205 - Tak Sangka Hiroshima Seteruk Ni… Realiti Yang Ramai Tak Tahu

Ep. 177 - Travel Bajet : Transit 21 jam + Hotel Free | Kenapa Pulau Ni Dikenali "Piano Island'?

Pemburu KASUT RUNNING di Tokyo 🇯🇵 (Harga Buat Terkejut!)

Bandar Osaka ni mamang CANTIK! (TRAVEL GUIDE ke Osaka,Japan 2024)

Travel Ke Tokyo Tak Akan Sama Lepas Tengok Video Ini!

Ep. 227 - Negara Eropah Paling Underrated? Trip Bajet Di Montenegro 🇲🇪

Japan Vlog 2.0 | Review ANA airlines KUL-NEW CHITOSE, dan Kami STRANDED 6 HOURS DI NEW CHITOSE

Betah Jalan Di Sini! Jalan Kaki Menyusuri KOTA MELAKA, MALAYSIA!

TOKYO, Jepun ni memang RANDOM! - Tempat rare yang ramai orang terlepas

