SEJARAH TINGKATAN 4 : TAJUK 10 : PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR – SMK BEDONG

📚 TAJUK 10: PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH AIR Video ini membincangkan topik penting dalam sejarah negara iaitu perjuangan rakyat dalam menghadapi ancaman komunis serta kesannya semasa zaman Darurat 1948. Pelajar akan didedahkan kepada peristiwa, cabaran dan impak besar yang membentuk perjalanan negara ke arah kemerdekaan. 👩‍🏫 Guru: Cikgu Rafidah binti Sabali 🏫 Sekolah: SMK Bedong Standard Kandungan (SK): 10.5 Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat 1948 Standard Pembelajaran (SP): 10.5.2 Menerangkan ancaman dan keganasan komunis di negara kita. 🎯 Objektif Pembelajaran: Memahami latar belakang ancaman komunis di Tanah Melayu Menjelaskan peristiwa pengisytiharan Darurat 1948 Menganalisis kesan darurat dari aspek keselamatan, ekonomi dan sosial Menghargai pengorbanan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara 📌 Video ini sesuai untuk pelajar Tingkatan 4 dan juga sebagai rujukan ulang kaji bagi memahami sejarah perjuangan negara dengan lebih mendalam. 👍 Jangan lupa like, komen dan subscribe untuk lebih banyak video pembelajaran!