ICCP@2025-Short Film [MALAS]

Star Vacro dengan bangganya mempersembahkan… ICCP@2025-Short Film [MALAS] Filem pendek ini bertemakan SDG 11.6 - MENGURANGKAN KESAN ALAM SEKITAR DI BANDAR, filem ini bertujuan untuk menyeru masyarakat mengambil berat tentang isu pembuangan sampah yang berleluasa di negara kita. Cabaran yang dihadapi oleh masyarakat ialah isu malas untuk membersihkan kawasan persekitaran. Cerita ini bermula dengan kisah tiga sekawan iaitu Haziq,Sulaimi dan Rayyan yang tidak mengikuti program gotong royong yang diadakan oleh pihak sekolah. Persoalannya adakah Haziq dan rakan-rakannya akan kekal selamat dari tindakan mereka yang tidak mengikuti program tersebut?. Ikuti kami di Instagram : @STARVACRO_ICCP25 Kategori : Bahasa Melayu Menengah Rendah JUTAAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM FILEM INI #LegasiRahman #StarIpoh #iccp@2025