Impak Kebangkitan Motorsikal Daripada China | Gearnumb Ke China

Gearnumb berpeluang melawat beberapa kilang motosikal di China baru-baru ini. Pada mulanya, video ini sebenarnya tidak dirancang langsung. Tetapi selepas menjejakkan kaki ke setiap kilang yang kami lawati, kami perasan satu perkara yang sangat ketara: semuanya baharu, moden, dan merupakan kilang tambahan kepada fasiliti yang sudah pun wujud. Ini sendiri sudah menjadi petunjuk jelas betapa pesatnya industri motosikal di China sedang berkembang. Daripada pemerhatian itu, timbul satu persoalan — apakah ini sebahagian daripada impak kebangkitan industri motosikal dari China yang sedang menggoncang pasaran dunia? dan apakah impaknya kepada kita? daripada persoalan itu, lahirlah idea untuk menghasilkan video ini. Kami kumpulkan maklumat melalui temubual bersama pihak dalaman MForce Bike Holdings serta jurucakap beberapa pengeluar motosikal dari China. Semua yang kami pelajari, kami rangkumkan dan persembahkan kepada tuan-tuan dalam video ini.