Siri Ke-96-Menjaga Perut (MS. 136) || 10 Jun 2026
|| اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ مُحَمَّدٍ || . Siri Kuliah Maghrib (Tasawwuf) Nama Kitab: Bidayatul Hidayah Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Abd Rahman Bin Ghazali . Kitab Bidayatul Hidayah adalah antara beberapa kitab karangan Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali Rahimahullahu Taala. Imam Al-Ghazali, nama lengkapnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ta’us Ath-thusi Asy-Syafi’I Al-Ghazal, dilahirkan pada tahun 450 H atau 1058 M di Ghazalah sebuah desa pinggiran Kota Thus kawasan Kurasan Iran. . Kitab ini terdiri dari tiga bahagian, yaitu adab tentang taat kepada Allah SWT, meninggalkan maksiat, dan bahagian terakhir adalah tentang muamalat atau pembahasan tentang adab pergaulan manusia dengan penciptanya dan juga manusia dengan sesamanya. Sesuai dengan makna namanya, Bidayatul Hidayah, kitab ini merupakan panduan hidup dari permulaan (Bidayah) dan akan berakhir pada Hidayah (petunjuk). Di dalam kitab ini Imam Ghazali Rahimahullahu Taala menggariskan amalan-amalan harian yang mesti kita lakukan setiap hari dan adab-adab untuk melaksanakan amal ibadat, supaya ibadat tersebut dapat dilakukan dengan baik, penuh erti dan memberikan kesan yang mendalam. Begitu pula Imam Ghazali Rahimahullahu Taala menunjukkan kepada kita bagaimana jalan yang mesti kita ikuti supaya kita dapat mening- galkan segala dosa dan maksiat sama ada zahir ataupun batin. Setelah itu beliau menyebut adab-adab pergaulan seseorang dengan Allah sebagai penciptanya dan dengan semua lapisan makhluk yang ada di permukaan bumi ini. Oleh itu, kitab ini sangat penting dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan amalan harian bagi kehidupan seorang Muslim yang mahu menjadikan negeri akhirat, masuk ke dalam syurga dan mendapatkan keredhaan Allah Taala sebagai matlamat hidupnya. . Sebenarnya kitab Bidayatul Hidayah ini telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Al ‘Alimul ‘Allamah As Syeikh Abdul Samad Al Falimbani Rahimahullahu Taala (meninggal dunia sekitar tahun 1203 Hijrah) dan beliau namakan terjemahan tersebut dengan “Hidayatus Salikin Fi Sulukt Maslaktl Muttaqin” iaitu kitab yang tersangat masyhur di Asia Tenggara ini dan sangat banyak berkatnya. Ia mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan huraian yang lengkap serta tambahan yang sangat besar faedahnya.

Siri Ke-37-Sifat Ma'ani-Sifat Kalam (Allah Berkata-Kata) (MS.89) || 11 Nov. 2025

Siri Ke-95 Menjaga Lidah Dari Bergurau, Mengolok-Olok dan Mengejek Orang (MS. 134) || 3 Jun 2026

BELAJAR MEMBACA AL-QUR'AN 08 JULI 2026

Siri Ke-97-Sambungan Menjaga Perut (MS. 136) || 24 Jun 2026
![Zainal Rashid Ahmad || Free Flow Dari Lubnan [2Julai 11PM]](https://i.ytimg.com/vi/h7r0WzJOioU/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLAM48pexSrx0FyT1km8DFWde1L3rQ)
Zainal Rashid Ahmad || Free Flow Dari Lubnan [2Julai 11PM]

Kitab Dakwah Yang Sempurna & Fathul Mu'in (Malay)

Prof Dato Dr MAZA - Budaya Mencium Tangan Pemerintah

DATO' USTAZ HJ SHAMSURI HJ AHMAD ~ TANDA UMUR BERKAT

DZIKIR PAGI SESUAI SUNNAH RASUL | ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI | Dzikir Mustajab Pagi

Surah At-Takathur: Kejutkan Jiwa yang Kemaruk Dunia | Tadabbur Impak Sosial | Ustaz Azlan Shah NK

Murottal Pagi Pembuka Rezeki | Surah Al Waqiah,Yasin,Ar Rahman,Al Mulk | murottal alquran merdu

(🔴LIVE) 02-07-2026 SS Prof Dato' Dr MAZA: Pengajian Kitab Bulughul Maram

Siri Ke-36-Sifat Ma'ani-Sifat Hayah (Allah Hidup) (MS.86) || 28 Okt. 2025

ZK+AI - BM12 | 040417 | "Pahala Tok Bilal & Hukum Makan Ayam" - Ustaz Shamsuri Ahmad

Siri Ke-98-Sambungan Menjaga Perut (MS. 137) || 1 Julai 2026 (e)

04-07-2026 SS Prof Dato Dr MAZA - 6 Hak Seorang Muslim Terhadap Muslim Lain. Al-Jami' (Siri 1)

Cara Allah Beri Ilmu pada Manusia. Selama ini kita tak tahu.

Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah. Pemimpin Dahulu, Pemimpin Sekarang.

Hijrah: Menemukan Tuhan di Tengah Kekusutan Hidup | Ustaz Azlan Shah NK

