Tokoh Qiraat: Imam al-Syatibi

Video ini menceritakan seorang tokoh qiraat yang dikenali sebagai Imam al-Syatibi. Beliau popular dengan kitab Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani yang merupakan matan Qiraat Sab'ah. Para pelajar ilmu qiraat seharusnya mengenali latar belakang beliau kerana merupakan tokoh utama dalam bidang ini.