Setahun Jadi Timbalan Presiden PKR, Di Mana Nurul Izzah?

Setahun selepas menjadi Timbalan Presiden PKR, satu soalan semakin jelas timbul: di mana Nurul Izzah dalam isu-isu besar parti dan negara? Beliau berada dalam kedudukan yang sangat sukar. Sebagai Timbalan Presiden, rakyat dan anggota parti mengharapkan kepimpinan, pendirian dan impak. Pada masa yang sama, beliau berada terlalu dekat dengan pusat kuasa, sehingga setiap langkah yang diambil akan dibaca dalam bayang-bayang Anwar Ibrahim. Apabila timbul isu dalaman parti, keputusan pilihan raya negeri, soal rasuah, kontroversi Azam Baki dan pelbagai tekanan politik lain, keadaan itu menjadikan beliau semakin tersepit. Jika ke depan, ia boleh menyukarkan parti dan Perdana Menteri. Jika berdiam diri, rakyat akan mula bertanya apakah sebenarnya peranan dan impak beliau sepanjang setahun ini. Itulah dilema yang sedang menghimpit PKR sekarang. Sebab itu soalan ini semakin sukar untuk dielakkan. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 45 di sini:    • Demo Tangkap Azam Baki, Malaysia Negara Me...