SIAPAKAH PEMILIK SEBENAR

SINOPSIS ANIMASI SIAPAKAH PEMILIK SEBENAR Mengisahkan Rania, Zainab dan Cahaya yang bekerjasama menyiapkan pembentangan bertajuk Adab di Semua Tempat. Walaupun Zainab kurang yakin projek mereka dapat disiapkan tepat pada waktunya, Cahaya tetap bersemangat dan memberi keyakinan kepada rakan-rakannya. Tanpa disedari, seorang murid lelaki bernama Syafiq telah terdengar perbincangan mereka di perpustakaan lalu mencuri idea pembentangan tersebut. Pada hari pembentangan, Rania dan Zainab terkejut apabila mendapati Syafiq membentangkan tajuk yang sama seperti kumpulan mereka. Namun, Cahaya tetap yakin dengan usaha dan kemahiran kumpulan mereka. Selepas semua kumpulan selesai membentangkan tugasan, Cikgu Ainul mengumumkan bahawa kumpulan Rania memperoleh markah tertinggi. Tidak berpuas hati, Syafiq menuduh mereka mencuri ideanya sehingga berlaku pertelingkahan di dalam kelas. Bagi mencari kebenaran, Cikgu Ainul membawa mereka ke bilik CCTV perpustakaan. Rakaman tersebut membuktikan bahawa Syafiq sebenarnya telah mencuri idea kumpulan Rania. Akhirnya, Syafiq mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada Rania, Zainab serta Cahaya. Mereka memaafkannya dengan hati yang terbuka. Kisah ini memberikan pengajaran bahawa kita hendaklah sentiasa bersikap jujur, menghormati hasil usaha orang lain dan tidak mengambil hak milik orang lain demi kepentingan diri sendiri. KATEGORI PERTANDINGAN : 2D NAMA KUMPULAN : TRIPLE A CIRI MURID RPM YANG DISAMPAIKAN : BERILMU, BERKEMAHIRAN, BERKEYAKINAN