PRN Johor 2026: Penyata Perbelanjaan & Sumber Kewangan
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ: ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก Salah satu budaya baru yang dibawa ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya. ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata. Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan. Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama. Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi. Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar. Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas). Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung. Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri. Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang. Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya. Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya. Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat. Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak. Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini. Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan. Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan. Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela. Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam PRN Johor yang lepas. Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai: 1) Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli 2) Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor 3) Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi Hari ini, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A. Pautan kenyataan media dan Lampiran A: https://drive.google.com/file/d/1s25x... Amalan ini akan menjadi disiplin ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang. Saya berharap sumbangan kecil ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang. ๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ Bagi pihak BERSAMA ๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐

Terlebih Masa EP05 | Pecutan Terakhir: Ekslusif Bersama Datuk Seri Aminuddin Harun

Trump & Netanyahu meet for 1st time since Iran war began

How Do Koreans Move House in High-Rise Apartments?! The Fastest Way in the World

Polis akan panggil Sanusi, Sanusi hantar surat saman!, Saifuddin pertahan PAS | SEKILAS FAKTA

Reaksi Pelbagai Parti Mengenai RCI Tabung Haji

CJP Protest | Emotional Intelligence | Dr. Vikas Divyakirti | Drishti IAS

Late U.S. Senator Lindsey Grahamโs casket brought into Capitol Rotunda ahead of funeral service

Is Malaysia Ready? | DAP Meets Ex-UMNO | FDI, Reform & GE16 | EP 102

24 Hours on a Tropical Island 2

#KiniNews: Cops to summon Sanusi, Rembau Umno man; Each PN party has its own 'style' - Saifuddin

EP207 | BN-PN Tidak Serasi?, Laporan RCI Tabung Haji, F1 Kembali Ke Sepang, Perjanjian MA63

Kenapa Amerika Syarikat Masih Gagal Menjatuhkan Iran?

This Is Why It's 'Unlikely' For Strait Of Hormuz To Return To Pre-War Status: Retired Vice Admiral

France, Spain Plan Economic Support as Fires Continue

'He could make anybody laugh': VP Vance commemorates Lindsey Graham at memorial ceremony

Chegubard Gesa Siasatan Dakwaan Sogokan Pengundi Awal Polis

We can't end up with Iran controlling the Strait of Hormuz, says API CEO Mike Sommers

Ayob Khan LEPAS GERAM Pada Hari Persaraan Beliau

