Camp Vlog | Hulu Tamu Eco Resort | Fath's Real Grounding

Video ni adalah kenangan pertama Ahmad Fath pergi camping. Saja nak simpan sebagai memori untuk kami sekeluarga. Sejak kebelakangan ni memang agak sibuk mencari rezeki. Alhamdulillah, Allah bagi peluang dan sedikit masa untuk kami luangkan masa bersama keluarga dan sahabat. Dapat berehat sekejap dari rutin harian, hirup udara segar, dengar bunyi sungai dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah. Momen macam ni memang tak boleh dibeli dengan wang. Harapnya satu hari nanti bila Ahmad Fath dah besar, dia boleh tengok semula video ni dan tersenyum mengenangkan memori kecil kami sekeluarga. ❤️ Terima kasih sebab sudi singgah dan menonton. Kalau anda suka video macam ni, jangan lupa Like, Share dan Subscribe. Insya-Allah akan ada lagi vlog dan kenangan kami selepas ini. 📍 Lokasi: Hulu Tamu Eco Resort 🎵 Kredit muzik: Lagu latar dalam video ini dihasilkan menggunakan Suno AI. Hak cipta adalah milik pemilik asal mengikut terma penggunaan platform tersebut. #Camping #CampVlog #HuluTamuEcoResort #FamilyVlog #FathsRealGrounding #Malaysia #Nature