Wanita di Gelanggang: Menyingkap Peranan Srikandi Gayong | Dokumentari Silat Gayong

DISCLAIMER* Ste. Assoc. Sazali Bin Saleh @ Meor Abdul Rahman: Anak Pengasas Silat Seni Gayong Malaysia Wanita di Gelanggang: Menyingkap Peranan Srikandi Gayong merupakan sebuah dokumentari yang mengetengahkan penglibatan wanita dalam Silat Gayong sebagai seni mempertahankan diri, warisan budaya Melayu dan ruang pembentukan jati diri. Dokumentari ini memaparkan pengalaman, pandangan dan cabaran wanita dalam dunia persilatan daripada pelbagai sudut, termasuk jurulatih wanita, pelajar silat, ibu bapa serta komuniti setempat. Melalui dokumentari ini, penglibatan wanita dalam Silat Gayong diperlihatkan bukan sahaja sebagai usaha mempertahankan diri, malah sebagai satu medium untuk membina keyakinan, disiplin, keberanian dan semangat untuk memelihara warisan budaya Melayu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama sepanjang proses penghasilan dokumentari ini. #WanitaDiGelanggang #SrikandiGayong #SilatGayong #DokumentariMalaysia #WarisanMelayu #SilatMalaysia