Cikgu Tina sanggup 'rehatkan' kelas tusyen dua minggu demi raih kemenangan kerusi DUN Rahang

Bicara PRN Negeri Sembilan kali ini, kami menemubual calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding di DUN Rahang, S Tinagaran yang mesra dengan panggilan Cikgu Tina yang merupakan calon tunggal parti PSM yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Cikgu Tina sebelum ini terpalit dengan kontroversi slogan kempennya berpunca perkataan 'sosah' yang digunakan dikatakan membawa maksud berbeza. Cikgu Tina yang juga merupakan guru tusyen sepenuh masa mendakwa bahawa beliau terpaksa 'menutup' kelas tusyennya demi memberi tumpuan penuh pada PRN kali ini. Tinagaran berkata, beliau dan parti PSM optimis mampu meraih kemenangan untuk merebut kerusi Dun Rahang pada PRN kali ini sekaligus mengulangi kejayaan PSM memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput dan DUN Kota Damansara pada tahun 2008. Mampukah Cikgu Tina merealisasikan impiannya untuk diangkat menjadi ADUN Rahang? Saksikan temu bual penuh bersama S Tinagaran dalam Bicara PRN Negeri Sembilan. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my