Lebuhraya NLE (Nilai - Labu ke Bandar Enstek) - Kemajuan Kerja Februari 2026

Projek pembinaan jalan baru Nilai-Labu ke Bandar Enstek (Nilai-Labu highway to Bandar Enstek) merupakan projek katalis dalam pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV 2.0) Projek ini bertepatan dengan aspirasi kerajaan pusat, kerajaan negeri melalui pembangunan MVV 2.0 untuk melonjakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang lebih pesat di Negeri Sembilan. Projek sepanjang 16.3 kilometer ini telah bermula sejak Julai 2017 dan pada awalnya dijangka siap pada pertengahan tahun 2022. Namun pelaksanaan projek ini tertangguh disebabkan situasi Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Tender Membina Jalan Baru Dari Nilai - Labu Ke Bandar Enstek, Daerah Seremban, Negeri Sembilan (Menyiapkan Baki Kerja) kemudiannya telah diiklankan pada November 2023. Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah diadakan pada hari 10 Julai 2024 (Rabu) bertempat di Aras 2, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); Encik Wirajaya Bin Mohd Jais, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya; dan Ir. Rozainol Effendi Bin Md. Janah, selaku Pegawai Penguasa Projek. Turut hadir sama ke majlis serahan SST ini adalah Ir. Mohamad Sharip Bin Wahijan, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan jambatan, Cawangan Jalan; Ir. Rozita Binti Mat Senapi, Pengarah Pembinaan Pengurusan Projek Khas Jalan, Cawangan Jalan; Ar. IDr. Rinna Siow, Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga; Ir. Wan Hasnan Bin Wan Musa, Pengarah JKR Negeri Sembilan, Pegawai-pegawai Kanan Cawangan Jalan, serta pasukan projek HOPT dan HODT. Objektif projek adalah untuk meningkatkan aliran trafik dan akses terus ke kawasan Malaysia Vision Valeey (MVV) dari Nilai, Labu dan Enstek dan menyediakan sistem jaringan jalan raya yang lebih baik untuk MVV, khususnya bahagian Seremban Barat. Skop utama projek yang bernilai RM 225 Juta ini adalah : Membina jalan baru 16.3km 4 lorong 2 hala (piawaian R5); Membina 3 persimpangan utama; Membina 6 buah Jambatan & 8 buah Vehicular Box Culvert (VBC); Pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat di persimpangan dan jambatan; Cadangan kerja-kerja cerun mengikut garis panduan rekabentuk JKR; Pembaikan kecacatan kerja-kerja terdahulu; Pengujian kerja-kerja terdahulu; Pelaksanaan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan selepas pengeluaran Notis Penamatan; Bayaran kepada KTMB dan LLM untuk kecacatan selepas Notis Penamatan; dan Pelaksanaan skop baharu disebabkan oleh pertukaran kaedah perolehan dari Reka dan Bina kepada Konvensional Perunding Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 104 minggu. Tarikh milik tapak projek ini pada 23 Julai 2024 dan jangka siap pada 20 Julai 2026. Rujuk: https://www.jkr.gov.my/my/page/majlis... #labu #nilai #enstek #fawwazmedia ---------------------