Pak Ajis Cakap Arab

ANTARA PENGGUNAAN BAHASA ARAB YANG BETUL, KREATIF DAN SALAH Oleh Rosly MH (6 Oktober 2021) 1. Video lawak yang dipersembahkan oleh dua artis veteran iaitu Arwah Aziz Satar dan Arwah Ibrahim Pendek mempunyai unsur-unsur kreatif yang menghimpunkan antara lawak dan sebahagian fakta yang benar tentang penggunaan bahasa Arab. 2. Kita mengandaikan mereka mungkin pernah mempelajari sedikit ilmu bahasa Arab dan mendengar asas pertuturan dalam bahasa Arab. Kita mendapati sebahagian penggunaan perkataan dan ayat dalam video itu benar dan sebahagian yang lain tidak tepat. Kita akan menyenaraikan semua perkataan dan ayat yang digunakan oleh mereka, kemudian kita akan menjelaskannya menerusi tiga sudut iaitu (a) penggunaan yang tidak betul, (b) penggunaan yang betul dan tepat dalam bahasa Arab (c) penggunaan bahasa/perkataan yang separa betul. 3. Perkataan dan ayat yang salah adalah yang paling banyak tetapi menarik didengar kerana cara sebutannya seolah-olah menyamai sebutan dalam bahasa Arab, iaitu: Wal Panasut Tariku, Malekatuhu, Tibarakal Dah, Faikana, Al/At-Tariku, Wal ‘Ambilul Jalalu, Wataqunal Yahya. Penggunaan perkataan dan ayat-ayat ini adalah salah walaupun terdapat percubaan yang bijak untuk menghilangkan bunyi ayat Melayu iaitu pada ayat Wal ‘Ambilul Jalalu (Dan ambillah jala itu). Sebutan huruf (A) dibunyikan dengan huruf ‘Ain dalam bahasa Arab dan didahuluhi oleh huruf Wau (dan) seterusnya diakhiri dengan baris depan. Ayat-ayat yang lain juga berbaris depan, didahului oleh huruf Wau, huruf Alif dan Lam Qamariah dan Syamsiyah dan ada yang diakhiri dengan bunyi “Hu” yang biasanya merujuk kepada kata ganti diri (nya) tetapi ia sekadar dibunyikan tanpa memaksudkannya dalam konteks yang betul, seperti ayat Wal Tongkolu, Malekatuhu dan Al/At-Tariku. Berkenaan dengan ayat Faikana (Apa ikannya?), ia agak menarik kerana ia adalah satu-satunya struktur yang diberikan baris atas di bahagian akhir hurufnya kerana majoriti perkataan diberi baris depan sahaja. Selain dari itu, perkataan F dalam ayat Faikana seolah-olah ingin disamakan dengan huruf Fa (iaitu maka) dalam bahasa Arab ketika ingin menyambung ayat bahasa Arab yang lain, selain daripada menggunakan huruf Wau. Samada ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak, ia tetap memberikan nada dan intonasi perbualan dalam bahasa Arab. Huruf Wau dan Fa dalam bahasa Arab adalah antara huruf yang dikategorikan dalam bab kata sendi untuk menyambung ayat. 4. Perkataan dan ayat yang sememangnya betul dan tepat penggunaannya dalam bahasa Arab adalah: Ya Ibrahimu, Ya Habibu dan MasyaAllah. Frasa MasyaAllah memang sangat jelas digunakan oleh masyarakat Melayu dan boleh dikatakan sama penggunaannya dalam masyarakat Arab. Berkenaan dengan ayat Ya Ibrahimu dan Ya Habibu, penggunaannya sangat tepat dari sudut baris dan hukum nahunya. Ayat tadi berkait rapat dengan tajuk Al-Munada iaitu ayat yang bermula dengan panggilan kepada seseorang. Secara asas, perkataan yang terletak selepas huruf Ya (Wahai) akan berbaris atas dan hukumnya mansub. Perkataan Ibrahimu yang berada pada posisi mansub tetap berbaris depan kerana ia adalah kata nama khas untuk orang. Kata nama Habibu pula adalah merujuk kepada seseorang yang lebih umum, tetapi ia dimaksudkan oleh pemanggil. Jadi, kedua-dua kata nama (Ibrahimu dan Habibu) kekal dengan baris depan walaupun kedua-duanya didahului oleh huruf Ya (Wahai) yang biasanya menyebabkan perkataan selepasnya berbaris atas. 5. Manakala perkataan dan ayat yang separa betul penggunaannya iaitu mempunyai asal daripada bahasa Arab tetapi digunakan di luar konteks yang betul adalah: Tibarakallazi/Tabarakallazi. Struktur ayat Tibarakallazi/Tabarakallazi (تبارك الذي) atau yang bererti: “Maha Suci yang...” ia berasal daripada perkataan asal bahasa Arab. Begitu juga dengan struktur Fasifatuhu (فصفاته) yang bererti: “maka sifatnya” dan juga struktur: Wa Islamuhu (وإسلامه) atau “Maka keislamannya”. Tetapi perkataan atau struktur tadi digunakan bagi merujuk kepada “Taburkanlah”, “Ikan sepat” dan “pergilah selam dekat situ” untuk tujuan hiburan dan lawak. Satu lagi ayat iaitu yang boleh kita kembalikan maksud perkataannya ke dalam bahasa Arab adalah: Fakihatul Tofi. Walaupun apa yang dimaksudkan oleh Arwah Aziz Satar sebagai “Pakailah topi”, perkataan Fakihatul (فاكهة) disebut dengan intonasi yang betul dari sudut panjang dan pendeknya yang membawa maksud: “Buah”, tetapi digunakan pada konteks yang salah bagi tujuan hiburan. Oleh itu, kita golongkan struktur-struktur tadi dalam kategori bahasa separa betul kerana kata nama asal (تبارك الذي، فصفاته، وإسلامه، فاكهة) yang digunakan boleh dirujuk semula dalam bahasa Arab. 6. Ulasan ini bukan untuk membetulkan kesalahan bahasa Arab yang digunakan dalam video tersebut kerana tujuan persembahan yang mereka lakukan itu sememangnya untuk menghiburkan penonton dengan lawak-lawak berunsurkan bahasa, melalui kaedah yang kreatif.

Sketsa Komedi (Short Video) - Mat Sentul, S.Shamsuddin, Aziz Sattar, Yusni Jaafar & Alias Kadir
▶︎

Sketsa Komedi (Short Video) - Mat Sentul, S.Shamsuddin, Aziz Sattar, Yusni Jaafar & Alias Kadir

Pak Arab Hairan Kenapa Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ramai Yang Datang
▶︎

Pak Arab Hairan Kenapa Kuliah Ustaz Azhar Idrus Ramai Yang Datang

Kebencian Yahudi & Nasrani terhadap Islam|  Al Baqarah Ayat 120| Ust Aiman Dr Mohd Shafie
▶︎

Kebencian Yahudi & Nasrani terhadap Islam| Al Baqarah Ayat 120| Ust Aiman Dr Mohd Shafie

أشرس معارك عالم الحيوان والتي انتصرت بها حيوانات ضعيفة على الحيوانات المفترسة !!!
▶︎

أشرس معارك عالم الحيوان والتي انتصرت بها حيوانات ضعيفة على الحيوانات المفترسة !!!

Nobody Could Keep a Straight Face Around Rowan Atkinson!
▶︎

Nobody Could Keep a Straight Face Around Rowan Atkinson!

Unbelievable Workers Compilation 2026 | Working with Talented Engineers #44 #fail #construction
▶︎

Unbelievable Workers Compilation 2026 | Working with Talented Engineers #44 #fail #construction

LAWAK AZIZ SATTAR IBRAHIM PENDEK HIBURAN AZLINA AZIZ NORMADIAH NAJIB HANIF IKLAN SALEM 85 TILAM  83
▶︎

LAWAK AZIZ SATTAR IBRAHIM PENDEK HIBURAN AZLINA AZIZ NORMADIAH NAJIB HANIF IKLAN SALEM 85 TILAM 83

Lawak Pak Arab cakap Bahasa Melayu (Mesti Tengok!)
▶︎

Lawak Pak Arab cakap Bahasa Melayu (Mesti Tengok!)

PELAWAK TANAH AIR MENINGGAL DUNIA
▶︎

PELAWAK TANAH AIR MENINGGAL DUNIA

Episode 7: P.RAMLEE YANG SAYA KENAL-Special interview with Dato Aziz Sattar, former actor
▶︎

Episode 7: P.RAMLEE YANG SAYA KENAL-Special interview with Dato Aziz Sattar, former actor

When Animals Surprise Photographers in the Sweetest Way! 😍
▶︎

When Animals Surprise Photographers in the Sweetest Way! 😍

Pesan Terakhir Allahyarham Dato' Aziz Satar (1925-2014)
▶︎

Pesan Terakhir Allahyarham Dato' Aziz Satar (1925-2014)

Incredible Safari Moments Caught on Camera
▶︎

Incredible Safari Moments Caught on Camera

The Benny Hill Show - Cruise on the S.S. Rumpo (1971)
▶︎

The Benny Hill Show - Cruise on the S.S. Rumpo (1971)

Episode 4: P.RAMLEE YANG SAYA KENAL-Special interview with S.Shamsuddin, former actor
▶︎

Episode 4: P.RAMLEE YANG SAYA KENAL-Special interview with S.Shamsuddin, former actor

Apa Dah Jadi Pt1 (Ali Mamak & Abon)
▶︎

Apa Dah Jadi Pt1 (Ali Mamak & Abon)

Bodybuilder got serious at this point||Anatoly gym prank
▶︎

Bodybuilder got serious at this point||Anatoly gym prank

the biggest mistake when learning Arabic
▶︎

the biggest mistake when learning Arabic

Sepahtu Reunion Lawak Habis Jep dengan Damak
▶︎

Sepahtu Reunion Lawak Habis Jep dengan Damak

Unbelievable Smart Worker & Hilarious Fails | Construction Compilation #5 #adamrose #smartworkers
▶︎

Unbelievable Smart Worker & Hilarious Fails | Construction Compilation #5 #adamrose #smartworkers