NAIB JOHAN || UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) || MALAM CITRA BAYU KALI KE-18

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) NAMA TARIAN: SUMARANUN ETNIK: IRANUN TAJUK TARIAN: PAGAUL SINOPSIS: Koreografi ini merupakan sebuah karya seni yang diinspirasikan daripada seni tenunan masyarakat Iranun sebagai simbol ketekunan, keberanian dan kesinambungan warisan budaya. Berasaskan gerak tari tradisi Sumaranun daripada suku kaum Iranun daerah Rampaian Laut, Kota Belud, yang dikreatifkan dan diolah dalam koreografi ini, para penari bukan sekadar menggambarkan proses menenun, malah berperanan sebagai AULON (alat tenunan), BIBITAN (jarum) dan tangan yang saling melengkapi dalam menghasilkan sebuah corak yang indah dan bermakna. Setiap gerakan yang halus dan berdisiplin mencerminkan kesabaran serta ketelitian dalam proses penghasilan kain tenunan. Di sebalik setiap corak yang terhasil, tersirat semangat masyarakat Iranun yang berani mempertahankan identiti budaya mereka agar terus relevan dalam arus pemodenan dan perkembangan teknologi masa kini.