Syurgamu Ramadan | Episod 5
Syurgamu Ramadan | Episod 5 Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri… Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya… Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian… Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka. Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya? SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam….. Pelakon: Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainordin, Aripah Damanhuri, Shahar Yac’cob, Elfira Loy, Noryati Taib #SyurgamuRamadan __ Tonton episod penuh di: http://www.tonton.com.my Langgan Youtube kami: ► TV3: https://bit.ly/2u3wcJV ► TV9: https://bit.ly/2ML14If ► DS: https://bit.ly/2KuVyXd Ikuti Instagram kami: ► TV3: / tv3malaysia ► TV9: / tv9malaysia ► DS: / dramasangat

Syurgamu Ramadan | Episod 6

Syurgamu Ramadan | Episod 7

CERAMAH TERBARU PENUH NASIHAT OLEH USTAZAH NORHAFIZAH MUSA 2026
![[EPISOD PENUH] Sepahtu Reunion Al Puasa 2017 - Menantu Raya](https://i.ytimg.com/vi/cc9IZ9DLkk0/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLBpguJgXz-qvIVyETURsghkGsS81g)
[EPISOD PENUH] Sepahtu Reunion Al Puasa 2017 - Menantu Raya

تلاوة القرآن للدراسة والتركيز 📚🕛 | راحة وطمأنينة | Peaceful Focus Quran | محمد هشام

Drama AI : Qaseh (Episod 1) #qaseh

duyung lagenda aurora full movie 2025

Jenazah Sudah Di Liang Lahad! Tapi Masjid Tak Benarkan Selagi Tak Bayar RM 1,400?! Kegilaan Apakah?!

Austria - Tak Hairan Hallstatt Viral Satu Dunia! (TRAVEL GUIDE Vienna & Hallstatt)

ANGGREK - AKU STACY & SUTERA (FEAT AISHA RETNO) | TALK TO MY MANAGER MUSIM 2

Delegasi Iran Keluar Mesyuarat Susulan Ancaman Trump | Buletin 1.30, 22 Jun 2026

SHORTFILM IBU TUNGGAL | PENGORBANAN IBU TUNGGAL

Syurgamu Ramadan | Episod 8

Quran recitation in a peaceful voice I Alfatiha, Yasin, AlWaqiah, Arrahman, -By Alaa Aqel

IA WUJUD FULL MOVIE

Mencari isteri sempurna episod akhir
![[LIVE] Kompilasi Episod Ramadan Upin & Ipin 2026](https://i.ytimg.com/vi/m7X-4dbJxtY/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLBkoE6NZDTQ5Ul2Rve5raWs3CmnUQ)
[LIVE] Kompilasi Episod Ramadan Upin & Ipin 2026

AL MATHURAT, ZIKIR PAGI PETANG & DOA PEMBUKA REZEKI

Tali 2012 TV2
![[EPISOD PENUH] DIA IMAMKU EP 1 - Karya Terbaru Siti Rosmizah Lakonan Kamal Adli & Siti Saleha](https://i.ytimg.com/vi/faVFUGucIJ4/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLDB9O7TkVgG8nVLlOoWfbqivFzN3w)
