DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT KE MAJLIS PELANCARAN LATIHAN REJIMEN 513 ASKAR WATANIAH 2026

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT KE MAJLIS PELANCARAN LATIHAN REJIMEN 513 ASKAR WATANIAH TAHUN 2026. 27 JUN 2026 – ALOR SETAR: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah, perkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Latihan Rejimen 513 Askar Wataniah Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Medan Bandar, di sini, hari ini. Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Brigedier Jeneral Mohd Fouzi bin Sulaiman, Panglima 6 Briged; YB Leftenan Kolonel (K) Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa, Timbalan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kedah merangkap Pegawai Kewangan Negeri Kedah; Leftenan Kolonel Mohd Fauzan bin Abdul Ghafar, Timbalan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah; bersama ketua agensi dan pegawai-pegawai Rejimen 513 Askar Wataniah. DYTM Tuanku Raja Muda Kedah perkenan menyaksikan persembahan pantomin diikuti persembahan Perbarisan Tempur secara Human Wave serta gimik pelancaran latihan sebelum merasmikan latihan tersebut dan seterusnya merakamkan potret kenangan bersama agensi jemputan serta warga Rejimen 513 Askar Wataniah. DYTM Tuanku Raja Muda Kedah kemudiannya perkenan melawat khemah pameran yang mempamerkan aset ketenteraan, khemah promosi, khemah survival serta pameran pelbagai agensi awam sebelum berangkat ke majlis santapan dan seterusnya berangkat meninggalkan majlis. #KedahRoyalFamily #RajaMudaKedah #Rejimen513AskarWataniah #KedahDarulAman