Travelog Ep-2 : Ulu Sepri, Rembau | Demi Sebuah Kesembuhan Penyakit

Dusun Pinang Campsite tular di media sosial ketika ini apabila perigi buatan teknologi manusia yang menghasilkan air ION (kinetik dan reformax) mampu menyembuhkan pelbagai penyakit berkaitan urat saraf seperti, sakit sendi, lutut, lumpuh dengan izin Allah SWT. Dengan cara mandian dua jenis air ini iaitu air kinetic dan air reformax telah dikatakan berjaya merawat beberapa pesakit stroke, migrain, gout dan sakit sendi yang lain hasil dari video testimoni yang tular di media sosial Tiktok. Kali ini kami cuba sendiri datang ke Dusun Pinang Campsite yang terletak di Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan bagi merasai sendiri pengalaman ini.