[FULL] Majalah 3 (2026) | Mon, Jun 22 - Bot Penambang Terakhir | Tonton

1. Bot Penambang Terakhir - 2:00 Berkhidmat lebih 60 tahun, bot penambang di Sungai Perak bukan sekadar pengangkutan biasa, malah pernah menjadi penghubung utama antara Seberang Perak dan Teluk Intan. Pada suatu ketika dahulu, perkhidmatan ini menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat sebelum wujudnya kemudahan jalan raya yang lebih baik. Walaupun peredaran zaman telah mengubah landskap pengangkutan, bot penambang terakhir ini masih lagi beroperasi dan terus bertahan sebagai saksi sejarah serta warisan pengangkutan air yang cukup bermakna buat penduduk di tebing Sungai Perak. 2. Pentas Sarkas - 24:22 Menyingkap kehidupan di sebalik pentas sarkas yang menjadi medan seni, disiplin dan pengorbanan buat sekumpulan anak Malaysia. Di sebalik persembahan yang menghiburkan penonton, tersimpan kisah latihan yang mencabar, ketabahan menghadapi risiko serta usaha berterusan untuk menguasai pelbagai kemahiran persembahan. Mari mengenali lebih dekat perjalanan para penggiat sarkas tempatan yang masih setia mempertahankan seni persembahan ini, sekali gus membuktikan bahawa pentas sarkas bukan sekadar hiburan, tetapi juga sebahagian daripada warna-warni warisan seni dan budaya negara. Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia. #Majalah3 #Majalah32026 Tonton episod penuh di : http://www.tonton.com.my    / @tv3malaysia