Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2018
SUNGAI UDANG, 27 Okt – Seramai lima pegawai dan 71 anggota lain-lain pangkat (LLP) Tentera Darat berjaya menamatkan Kursus Asas Komando hari ini setelah melalui pelbagai cabaran serta pelbagai peringkat latihan sejak tiga bulan lalu. Kesemua mereka telah dianugerahkan Beret Hijau, Dagger Komando dan sijil bagi melayakkan mereka memakai Beret Hijau Gerak Khas. Pelaksanaan kursus ini adalah untuk memilih pegawai dan anggota LLP Tentera Darat yang betul-betul layak berkhidmat dalam Grup Gerak Khas (GGK). GGK merupakan pasukan elit dalam Tentera Darat yang merupakan lambang keagungan, keperwiraan serta satu lambang mutu keperibadian yang tinggi untuk sesiapa yang memakainya. Manakala kursus ini telah berlangsung selama tiga bulan dan dipecahkan kepada lima peringkat yang merangkumi kem, hutan, paya, laut dan penutup. Majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Komando ini telah disempurnakan oleh, Ketua Staf AM 21 GGK Brig Jen Datuk Jamaluddin Jambi bertempat di Betutu Laut, Kem Sungai Udang di sini hari ini. Brig Jen Datuk Jamaluddin Jambi dalam ucapannya berkata seorang anggota beret hijau adalah wira yang sentiasa berdisplin tinggi, patuh dan taat kepada arahan-arahan dan peraturan ketenteraan serta sentiasa memegang teguh kepada sumpah perajurit komando. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut yang telah berjaya mengharungi dengan jayanya di samping menunjukkan kemampuan dan semangat waja yang diperlukan sebagai seorang anggota pasukan khusus. Turut hadir Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kolonel Adi Ridzwan Abdullah dan pegawai-pegawai, Pegawai Pemerintah Rejimen 21 GGK Kolonel Mohd Fauzi Sulaiman dan veteran GGK serta keluarga penuntut kursus. Pada majlis penutup itu, Prebet Mohd Khairul Azmizan Abdullah dari Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dianugerahkan penuntut terbaik Kursus Asas Komando Siri AK/2/2018. #AirTimes #Komando #GGK #AsasKomando #SungaiUdang #PULPAK #CQB #IPSC #Sniper #RAMD #BeretHijau #GerakKhas #BentutuLaut

Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/3/2022

(((LIVE))) Upacara Penutup Kursus Asas Komando Siri AK 2/2024 | 1 Sept 2024

"Bom meletup di tangan" | DUA TENTERA TERKORBAN LATIHAN DI KEM HOBART GURUN

Beret Hijau - Episod 13 (Akhir)

Perbarisan tamat latihan parajurit muda siri 2024/2025

bombaperkasa MTL2019

Op Maritim PASKAL 1

Eks Eagle Swift Siri 2,2020|10 Bgd Para, GGK, Paskau, Paskal, Kuantan Skydive

Kalau Berani, Lawanlah! Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata Tentera Darat Malaysia

Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Demonstrasi Keupayaan Grup Gerak Khas GGK

Asas Pasukan Aturgerak Cepat Siri 2 2019 10 Briged Para Hd 720p

Kursus-Kursus Dalam KOMANDO

Upacara Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2020

TUN MAMAT | Harimau GGK Membaham Helang Spetsnaz? #video #viral#malaysia #ggk #trending #trend

17 RAMD Parachute Drop

Serangan Lahad Datu | 999 Khas (29 Aug 2023)

Beret Hijau - Episod 10

DOKUMENTARI KHAS : RPA 2022

