Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) - Ucapan Anwar Ibrahim

Sewaktu singgah di Taman Melor Johor Bahru, saya berkongsi kepentingan membudayakan pemikiran yang berteraskan fakta, ilmu dan pertimbangan yang waras, bukannya membiarkan adu domba, fitnah serta tohmahan menguasai ruang awam. Pesanan saya, Johor juga akan terus maju sekiranya kita memilih untuk memperkukuh perpaduan, menyuburkan budaya dialog yang matang serta menghormati perbezaan pandangan dengan penuh hikmah. Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan kepercayaan antara rakyat, kita mampu membina sebuah negara yang lebih bersatu, makmur dan disegani.