‘Nak cari deposit 11 kerusi pun payah...’

Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya. Sebagai contoh, katanya, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas.