Program Bual Bicara Bersama ALUMNI FKMP 2020

Program Bual Bicara Bersama ALUMNI FKMP 2020 Tarikh : 22 November 2020 (Ahad) Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Persatuan Pelajar Mekanikal Uthm akan menganjurkan Program Bual Bicara Bersama Alumni FKMP. Program ini dirancang untuk menjadi satu medium pengenalan atau persediaan bagi pelajar tahun 3 dan 4 untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar selepas mereka bergelar graduan UTHM. Program Bual Bicara Bersama Alumni FKMP ini berkonsepkan komunikasi dua hala secara santai bersama tetamu jemputan dan pelajar-pelajar. Mahasiswa dan mahasiswi dijemput menyertai program ini bagi menambah pengetahuan mereka mengenai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan yang sebenar bersama para alumni FKMP.