Penarek Becha (1955)

Penarek Becha merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 30 Oktober 1955. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Pengarah Filem ini juga merupakan filem pertama yang pernah diarahkan oleh P. Ramlee. Sinopsis Mengisahkan seorang penarik beca, Amran (P. Ramlee) dan seorang anak gadis Orang Kaya Marzuki (Udo Umar) iaitu Azizah (Saadiah) yang jatuh cinta, tetapi percintaan mereka mendapat tentangan oleh bapa Azizah dan Ghazali (Salleh Kamil). Ghazali kemudiannya melakukan apa sahaja untuk memutuskan percintaan pasangan tersebut. Namun, sebaliknya Ghazali mempunyai hasrat buruk untuk merampas harta keluarga Marzuki dengan menggunakan dirinya mendampingi Azizah. Kisah percintaan pasangan muda ini berterusan mendapat halangan dan rintangan untuk mereka bersatu memandangkan darjat mereka jauh berbeza. Hinggalah akhirnya Marzuki mengetahui siapa sebenarnya Ghazali setelah Ghazali melakukan kesilapan mencederakan ibu Amran semasa beliau bergelut dengan Amran. Ghazali bergegas ke rumah orang kaya Marzuki dan memeras ugut dengan memberikan wang untuk melarikan diri dari pengetahuan polis. Amran datang membantu dan bergelut dengan Ghazali untuk pertarungan keadilan sehingga Ghazali pengsan dan diberkas oleh pihak polis. Orang kaya Marzuki kesal dan menerima Amran dan ibunya ke dalam keluarganya. Amran dilantik sebagai pengurus ladang. Barisan pelakon Pelakon utama P. Ramlee sebagai Amran Saadiah sebagai Azizah Salleh Kamil sebagai Ghazali Pelakon pembantu Sa'amah sebagai Ibu Amran Udo Omar sebagai Orang Kaya Marzuki, bapa Azizah Habsah Buang sebagai Isteri Orang Kaya Marzuki, ibu Azizah Kemat Hassan sebagai Mat Omar Suwita sebagai Borhan Ahmad C sebagai kawan Amran Shariff Dol sebagai Doktor Pelakon tambahan Hashimah Yon sebagai Ketua Penari Tarian Inang Baru Zainon Fiji sebagai Orang Gaji Ali Fiji sebagai Amran (stand in untuk P. Ramlee) Ahmad Chetty sebagai Ceti Tradisional Fatimah Osman sebagai Gundik Wan Khazim sebagai Pegawai Polis Mak Dara sebagai Pekerja Kedai Baju Jahit Harun Omar Pranee Pramote Runut Inang Baru oleh Saloma Dengarlah Sang Ombak Berdesir oleh P. Ramlee & Momo Engkau Laksana Bulan oleh P. Ramlee Azizah versi filem oleh P. Ramlee Penyusun lagu - P. Ramlee Lirik - Jamil Sulong Muzik iringan - Fred Libio & Lionel B. Ventura Inang Baru merupakan lagu asli Melayu yang juga popular. Azizah merupakan lagu pertama yang pernah dirakamkan P. Ramlee. Walaupun begitu, irama dan liriknya telah diubahsuai sedikit untuk versi filem. Bagi versi piring hitam lagunya agak ceria dan berentak laju manakala senikatanya agak berbeza dengan versi filem.