Perjalanan Haji 1447H / 2026M | Bersama PJH Az Zuha Group Travel & Tours

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penonton. Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima pada tahun ini. Dalam video travelog ini, saya kongsikan perjalanan sepanjang hari-hari puncak ibadah Haji, bermula dari 8 Zulhijjah sehinggalah selesai semua rukun. Kami menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) Az Zuha Group Travel & Tours (Azzuha). 8 Zulhijjah – Hari Tarwiyah Perjalanan bermula dengan pergerakan ke Mina untuk bermalam, mengikut sunnah Rasulullah SAW sebagai persediaan awal sebelum wukuf di Arafah. 9 Zulhijjah – Hari Arafah (Wukuf) Detik paling agung dalam ibadah Haji. Wukuf di Arafah dari waktu zohor sehingga terbenam matahari, dipenuhi dengan doa, zikir dan muhasabah diri. Selepas maghrib, perjalanan diteruskan ke Muzdalifah untuk bermalam dan mengumpul batu untuk melontar jamrah. 10 Zulhijjah – Hari Nahar (Eidul Adha) Bermula dengan melontar Jamrah Aqabah, diikuti pembahagian atau penyembelihan korban (dam), bercukur atau bergunting rambut (tahallul awal), seterusnya Tawaf Ifadhah dan Sa'i di Masjidil Haram sebagai sebahagian daripada rukun Haji. 11–13 Zulhijjah – Hari Tasyriq Tempoh mabit di Mina sambil melontar tiga jamrah (Ula, Wusta dan Aqabah) setiap hari, sebelum bertolak keluar dari Mina (nafar awal atau nafar thani) sebagai penamat kepada rukun-rukun Haji. Semoga perkongsian ini memberi sedikit gambaran dan input buat mereka yang bakal menunaikan Haji pada masa akan datang. Semoga Allah SWT menerima segala ibadah kita dan mengurniakan Haji yang mabrur. Jangan lupa LIKE, COMMENT dan SUBSCRIBE untuk lebih banyak perkongsian travelog dan pengalaman ibadah akan datang. #TravelogHaji #HajiMabrur #WukufArafah #HariTarwiyah #RukunHaji #HajiMalaysia