'Prebet Siti Khadijah mahu ikut jejak langkah saya' - Bapa
Hasrat seorang pesara tentera untuk melihat anak bongsunya meneruskan legasi keluarga dalam angkatan tentera berakhir dengan tragedi, apabila Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, terkorban dalam latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada Selasa 16 Jun. Bapanya Sungip Jais, 65, berkata Allahyarham yang juga anak bongsu daripada tujuh adik-beradik memilih menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM), kerana minat yang mendalam terhadap kerjaya ketenteraan selain mahu meneruskan legasi keluarganya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Lambak, di Kluang pada Rabu. Sungip yang pernah berkhidmat dalam Rejimen Artileri Diraja (RAD) berkata anaknya itu seorang yang amat rapat dengan keluarga dan pernah menyatakan hasrat untuk menangguhkan perkahwinan, kerana mahu menjaga kedua-dua ibu bapanya. Sementara itu, kakak Allahyarham, Siti Zaiha, 39, berkata sekeping gambar yang dikongsi Allahyarham menerusi aplikasi WhatsApp pada tengah malam 15 Jun, kini menjadi kenangan terakhir keluarga. Beliau berkata gambar berkenaan menunjukkan arwah sedang menjalani latihan menembak, yang menurutnya adalah antara latihan paling menggembirakan sejak menyertai TDM tahun lalu. Siti Zaiha berkata, kehilangan itu amat sukar diterima keluarga, kerana arwah sentiasa ceria dan tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sepanjang pulang bercuti sempena Aidiladha baru-baru ini. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my

"Bom meletup di tangan" | DUA TENTERA TERKORBAN LATIHAN DI KEM HOBART GURUN

Prebet Siti Khadijah tetap jadi kebanggaan keluarga

Azlan Johar DEDAH & JELASKAN Disekat RTM Selepas Isytihar Masuk PAS?

Mee Goreng Basah, Versi Mamak! | Spicy Malaysian Indian Style Noodles Recipe

(PARODY) Rohingya Child from Immigration Detention Center Claps Back at Know-It-All Noor Azizah

Rahsia Di Sebalik Lirik M. Nasir & Misteri Kitab Sufi Yang Dibakar - ZRASTRIM

“RM500? Kau hidup zaman bila?” - Luahan Didie Alias

Refleksi Hijrah 1448h "Geopolitik dunia terkini", Disebalik Piala Dunia - Ustaz Dr Mat Rofa Ismail

Too Pretty To Handle Podcast : EP 24 (PART 1) : LEPAS BERCERAI, MAK LARANG SAYA PAKAI MAKEUP...

Malaysia Tamil News 5 PM News 17.06.2026 MP Seeks Answers on Johor’s Upcoming Transport Plans

TRAGEDI | 2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan Di Kem Hobart

(PARODI) RM20 Juta Untuk Setiap Rakyat Johor Kalau Takde PRN.

Ibu Prebet Siti Khadijah hampir pengsan saksikan pengebumian

14-06-2026 SS Prof Dato Dr MAZA - SoalJawab bersama Jemaah Singapura

Animals Reunited With Owners After Years !

ALI ROHINGYA 'MENGGANAS'! I IMIGRESEN TUMPAS SINDIKET SELUDUP PATI LALU SUNGAI GOLOK
![[LIVE] General speak PM of Malaysia at opening of the Russia-ASEAN business forum | 17 June 2026](https://i.ytimg.com/vi/Sn8an73igTc/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLCgD_3JiBn6YG0F_XQYsk5Bjrq2cA)
[LIVE] General speak PM of Malaysia at opening of the Russia-ASEAN business forum | 17 June 2026

Inside a Rough, Old-School Banana Blossom Processing Factory You’ve Never Seen Before

